~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Friday, October 16, 2009

:: Hukum mewarna rambut ::

Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.
Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.
Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.
Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.
Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.
Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.
apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.
Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.
Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.
hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.
Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.
Oleh : Dr. Amran Kasimin
P/s : Thx 4 da information..:)

:: Melatah ::

Seorang ibu kelihatan sangat gembira apabila menerima kiriman sebuah kotak yang dikirim anaknya melalui perkhidmatan pos ekspres. Setelah membuka kotak itu, si ibu terus melatah dengan menyebut : “Anakku, anakku, anakku ” apabila mendapati anaknya itu tiba-tiba keluar dari kotak berkenaan.
Itulah gambaran sebuah iklan yang disiarkan di stesen TV kita sekarang. Memasukkan adegan latah dalam sesebuah iklan, sitkom, drama, atau filem di negara ini sebagai salah satu unsur komedi bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan latah adalah sebahagian budaya unik yang wujud dalam masyarakat Melayu.Lazimnya apabila melihat adegan latah itu, penonton akan berasa terhibur dengan skrip dan aksi yang hampir keseluruhannya dilakonkan. Akhirnya apa yang dilihat di kaca televisyen itu diamalkan pula oleh kebanyakan kita dengan mengusik individu yang dikenal pasti boleh melakukan aksi melatah secara spontan.
Namun, sedarkah kita bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya.Latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.Mungkin kita sedikit terhibur apabila melihat aksi latah yang melucukan, tetapi percayalah bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah mahukan diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar pelatah paling popular sekalipun.
Justeru, apabila kita melihat seseorang itu melatah, kita sepatutnya mendoakan agar si pelatah itu sembuh daripada penyakitnya itu, serta dapat membuang dan mengawal tabiat terbabit daripada berulang.Dalam hal ini, apabila kita ketawa melihat seseorang itu melatah, kita seolah-olah mendoakan agar si pelatah itu terus kekal dengan penyakitnya itu. Kita seolah-olah berkata, biarlah ada seorang yang menderita kerana penyakit latah, asalkan ‘deritanya’ itu dapat menghiburkan ramai orang.Namun, tahukah kita bahawa jika tersilap langkah, usikan terhadap pelatah yang bertujuan untuk bersuka-suka boleh bertukar menjadi tragedi, lebih-lebih lagi jika pelatah sedang memegang objek tajam.
Nasihat saya, bersama-samalah kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyebabkan si pelatah melatah dan terus melatah.
Oleh : Dr Mohd Hilmi Abdullah.
p/s : aku pun melatah jugak..hahaha!!

:: Sihat dgn Wanita Cantik? ::

Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!
Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga.
Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka.
Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut.
Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.
p/s : macam2..bertuah la laki yg dpt bini cantik! emmm...

:: Mencari sahabat ::

Jika kau ingin berteman, jgnlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin 1 kekurangan kau akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman,jgnlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dgn 1 keburukan kau akan membencinya..

Andai ko ingin bersahabat, jgn lah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, ko mungkin akan memfitnahnya..

Andai ko ingin seorang kawan, jgnalah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia xpandai menceriakan ko mungkin akan menyalahinya..

Andai ko ingin bersahabat terimalah dia seadanya..
kerana dia seorang sahabt yg hanya manusia biasa..
jgn diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga xsempurna..


p/s : i love my sahabat! :)

:: Facebook ::

Apa fungsi facebook? best sgt ke?
Jwpan aku : Woi! best siott!! ak dulu masa2 mula2 ada facebook snggup xtido seehhh..lyn peminat..yerrr..hahahah!!!
Ouch, dulu ada friendster je..dh amai mber yg ajak aku wat fb..
Jwpn aku : ahh..malas ah..mls la wat byk2..main fs je..fs ah best! ak xreti la guna fb..
Jwpan mereka : ada plak..fb ah lg best beb! fs boring ah! ko wat jela..msti amai yg add ko weh!
Jwpn aku lagi : Ha, tgk ah cmne..amai ckp best..nk try ah..xbest siap ah ko..putus sahabat aa! haha..:P
Agak lama jugak la aku nk create fb after 2..
then bila dh ada fb, ak rasa..
"adoi..pe benda ni.."
"eh, laa...die ni bg pe lak ni? cmne nk accept 2?"
" aduii..menatang pe lak kuar nih..."
"woi, ada chat siot! "
"apsal xleh upload pic lak!?"
"game? cmne leh terselit lak kt sini.."
"kad raya, wet raya, mknan, bnga, hug, love..woi..agak2 a..pe bnda ni??"
hahaha... mcm2 laa yg aku rasa..
then bila dh reti, asik gelak aje..yup, fb mmg best! btol la my bro ckp, "fif, fb lagi best!" and dia snggup dlete akaun fs die kerana fb! wow!! giatnye bro..rilekss aaaa bro....cool beb, cool2!!
haha.:P
Tp sbnarnya fungsi die sama je..dgn yg lain cm frienster, myspace, tagged,twiter,hi5..sama je..iaitu, menghubungkan orang yang anda kenal ataw xkenal, atau bru nk kenal, and ataupun sj nk wat2 kenal dengan lebih mudah. Cara pengoperasian fb agak lebih gampang dari friendster kot..ada game! ada gift! ada tok nujum! haha..ada kuiz ngok2..kelakor abiss! sakit perut aku gelak!! then, ada chat..fs n myspace pn ada chat gak kn..:)
Ak pn xtaw smpai umo bpe akn aku kekalkan akaun fs, fb n myspace aku..one day akan ku delete jugak...lagi2 bila dh kawen, beranak pinak..kot..tp xjugak..skg fb agak rasmi dlm urusan kerja...will c la cmne jngka hayat akaun2 aku ni...hehe..
p/s : layan je..as my hobby! :)

:: Materialistik ::

Apa kaitan org pempuan ngn materialistik? Yeke hnya org pempuan sj yg layak di beri pengiktirafan seperti ini? lelaki mcmana??

Apakah perasaan anda bila seseorang mengatakan anda seorang materialistik?
Kalo aku, wooo! marah beb! haha..sbb, ada someone ckp aku materialistik? emm..mugkin die xtaw pe mksud materialistik yg sebenar2 benarnya...

Bagaimana dgn anda semua kalo ada yg ckp cmtu? Ya, aku dgn ini dgn bangganya merasakan pasti ramai yang akan marah bila diri mereka dipanggil materialistik. btol x? Mengapa marah??

Apa makna yang anda berikan kepada materialistik? Apakah seorang materialistik adalah seorang yang tidak baik budi pekertinya? mybe "huish..buwok prangai ko nih..g amik wudhu cpt!" hahaha..:P

Masa org 2 ckp aku ni materialistik, aku gelak je..eh laa..yeke aku ni materialistik? hahaha..sape x love money? i love money.... ($____$)...Sape x LOVE money, angkat tgn cpt! aku nk tgk wajah2 itu..wow! sungguh 1 dalam sejuta! hahaha..material bkn berkenaan ngn duit semata2, tp jga terhadap kebendaan...
Cop! cop! Jika jawapan anda, “tidak semestinya”, mengapa marah bila dipanggil materialistik? materialistik mgkin akan myebabkan someone itu dilabel sbgai seorg yg berperngai buwok! freak! hehe..agaknye la kan..:)

Pertimbangkan bahawa anda tidak suka dipanggil materialistik, walaupun anda sememangnya materialistik, kerana ia bertentangan dengan suara hati anda. Cth, Seorang pencuri tidak suka dirinya dipanggil pencuri. Jika dia mempunyai seorang anak, dia tidak mahu anaknya berkahwin dengan seorang pencuri. Walaupun dia seorang pencuri, di dalam hatinya masih ada keinginan untuk kebaikan..kn?

Jadi, disebabkan aku telah dilabelkan sedemikian, ups bkn 1st time, tp dh byk kali aku kena kucai yg aku ni materialistik..ohh..kecil atiku..hukhuk, becoz at the same time ak xrasa yg ak mcm tu sgt..its normal..lg2 org pempuan..jadi sekali lg, dgn bangganya aku nk sedarkan mereka2 yg menggelarkan diri aku materilistik mngenai Apa makna sebenar materialistik?

let c.., Untuk memahami apa itu materialistik, bayangkan anda sedang melihat sebuah mahligai yang tersergam indah, atau sebuah kereta yang cantik melintasi di hadapan anda. Jika satu keinginan yang kuat timbul di dalam diri anda untuk memilikinya, ia adalah satu tanda jelas yang materialisma atau kebendaan adalah faktor utama yang mendorong kehidupan anda. Seorang yang benar-benar bukan materialistik tidak terpengaruh untuk mengejar kemewahan. Mereka lebih mementingkan untuk memenuhi tujuan kenapa kita manusia dibangkitkan ke dunia. Tetapi tuan2, puan2, para hadirin sekalian, eh...bkn, para pembaca sekalian, adik2, kakak, abg2, lagi2 kepada yg rasa die ensom..haha, atok dan nenek sekalian ye, ada kah manusia seperti ini wujud di muka bumi ini? (cewah..emo siot) mungkin ada, wow..1 dlm sejuta 2 kalo ada...tabikkkk!!!

Bagi aku, kita sepatutnya tidak marah bila orang mengata kita materialistik (padahal aku ckup pantang kalo org ckp aku cmtu..hahaha!). Kita seharusnya muhasabah diri untuk lihat benarkah kita materialistik. Kalau benar kita materialistik, adakah kita selesa dengannya atau kita ingin mengubah keinginan kearah tidak mementingkan kebendaan, atau dengan kata lain menuju kearah kerohanian.

Dgr ni, mengikut Maulana Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan makhluk untuk berhubung dengan Penciptanya. Bagi orang Islam, solat adalah antara cara untuk berhubung atau berdialog dengan Penciptanya (Allah).

Ha,yg ni pulak, mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan. Biasanya mereka akan pergi ke gunung atau ke hutan, jauh dari rumah mereka untuk mendapat kerohanian..kahkahkah!!! duduk dlm gua jelah..kahkahkahh!!

p/s : eh..sape yg baca ni pun materialistik gak kn? kita geng!! jgn marah..haha!! :P

Sunday, October 4, 2009

:: My Fanatik! ::

Dicky Cheung married Jess Zhang
13 Jan 2009





P/s : wawawa..pujaan ak dh kawen..sedih2~ :P

:: attendance ::

Apsal amai lak yg wat blog kisah attendance ni? ahhh...xkira! xkira! ak pun nk wat gak blog kisah " mana attendance?" hahaha.. :P

Aah la beb..mana pegi attendance tuk arini ni n last week punye? xde pon? mmg dh xpenting kot..owhh..xpela.. g pun mmg ak selalu lupa nk register attendance tuk kelas ari kamis..hik3~ tp ak dtg taw! cuma lupa je nk register..mcm mana tu ek? emmm...mati la kalo ak xlayak amik final nt..tp bak kata Pendekar melayu, Hang Jebat, "huh! berani kerana benar! takut kerana salah! "
hahaha..aku? eh...x...x...ak x takut! hahaha..:P sbb ak benar..xcaya try tnya kat member2 lain, muka aku sntiasa je ada dlm kelas tu taw x..siap posing2 tngkap gmbr lg dlm kelas 2..kira backup tuk cover2 pe yg patut di masa soal siasat nt..cewah2! berkat minum susu grow..haha

p/s : umi n bai pun pelik xde attndce today?

:: Berjuanglah... ::

Hidup mmg penuh dengan perjuangan. Jika kita ingin berjaya dan menjadi manusia berguna kita mesti melalui sebuah proses yang kadang-kadang sgt menyakitkan. Xleh jadi cmi anak manja yang selalu nk dibantu dan dilayani oleh orang tua nya. sebabnya ia tidak baik untuk membentuk personaliti dan jiwa kita dalam menghadapi sebuah kehidupan yang sukar ini.

Ini adalah sebuah kisah yang sangat inspiratif untuk kita semua “renung- renungkan dan selamat beramal”.. kih3~ :P

Kisah ini dipetik dari sebuah buku yang sangat menarik dan sudah lama dibeli, tetapi baru sempat dibaca , yang berjudul..

Wat mcm suara Doremon --à Kisah ”setengah isi setengah kosong” !!

Begini kisahnye, di suatu mlm….tiba2…terdengar pintu diketuk! “Tok! Tok! Tok..”….. Eh..x..x…! gurau je..ni motivasi n inspirasi punye kisah..bkn cite suspen..sory3..hahahaha!! : D

Mcm ni kisahnye…….

Seorang anak sedang bermain dan terjumpa kepompong kupu-kupu di sebuah dahan yang rendah. Diambilnya kepompong tersebut dan nampak ada lubang kecil disana.
Anak itu terpegun mengamati lubang kecil tersebut kerana terlihat ada seekor kupu-kupu yang sedang berjuang untuk keluar membebaskan diri melalui lubang tersebut. Lalu nampaklah kupu-kupu itu berhenti mencuba, dia kelihatan sudah berusaha semampunya dan nampaknya sia-sia untuk keluar melalui lubang kecil di ujung kempompongnya.
Melihat fenomena itu, si anak menjadi kesian dan mengambil keputusan untuk membantu si kupu-kupu keluar dari kepompongnya. Dia pun mengambil gunting lalu mulai membuka badan kepompong dengan guntingnya agar kupu-kupu boleh keluar dan terbang dengan bebasnya.
Bila kepompong terbuka, kupu-kupu pun keluar dengan mudahnya. Akan tetapi, ia masih memiliki tubuh kembung dan kecil. Sayap-sayapnya nampak masih berkerut. Anak itu pun mulai mengamatinya lagi dengan tekun sambil berharap agar sayap kupu-kupu tersebut berkembang sehingga boleh membawa si kupu-kupu mungil terbang menuju bunga-bunga yang ada di taman.
Harapan tinggal harapan, apa yang ditunggu-tunggu si anak tidak kunjung tiba. Kupu-kupu tersebut terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan merangkak di sekitarnya dengan tubuh kembung dan sayap yang masih berkerut serta tidak berkembang dengan sempurna. Kupu-kupu itu akhirnya tidak mampu terbang seumur hidupnya.
Si anak rupanya tidak mengerti bahawa kupu-kupu perlu berjuang dengan usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu masuk ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan.

P/s : pasni korg jgn jd mcm budak tu..gi gunting kepompong kupu2..sian kupu2 2..cacat seumor idup.. :(

:: Yg kami semua syg ::

Betapa indahnya di pagi syawal..
hurm....sejuk nye, rasa mls lak nk bgn..
nk tido je..~
Abah dtg kejut aku bgn pg tu..
bgn, mandi sunat raya..
nt g smbahyg raya.
aku? em..angguk2 je..ngantok la abah! mlm td tlg mama masak..
selesai mandi...
sarung baju raya..
warne pink..sama mcm mama! :)
rasanye pg tu aku paling glemer..hahaha!
baru je nk mekap..mama tegur,
nk g surau ni..cpt, xpyhla mekap..nt penuh xcukup tmpat!
ouch! lupa lak! surau kt kampung kecik je..he3..
ok mom! im ready! ^__^
Abah, atok, n adik2 dh tnggu kt luar uma..
waa..ensom2 adik kakak!
my daddy lak, cewah2..cm die je yg nk jd imam nt..
atok, pergh..cm nk gi mekah..haha..:P
aku & family,
sama2 jalan kaki gi surau..xjauh pun..
langkah2 kecik2..biar berdouble triple pahala aku kutip pg ni..
hehehe..
takbir mendayu2..
indahnye...
menusuk dlm hati..
aku pandang mama n abah..
tenang air muka dorg di pagi tu..
tenang tanpa "seseorang yg kami semua sayang"
di dalam surau..
aku terkedu..
sayu ati..
pandang kanan, nampak mama..
cntik mak aku ni..mcm aku gak kot..haha
pandang kiri?
sepatutnya ada "yg kami semua syg"
thn lepas "yang kami semua syg" ada di tepi sebelah kiri aku..
oh shit!
nk nangis je rasa..
tp tahan je..
dlm surau..
masa khutbah..
abah nangis..
sabar lah abah....kami semua kan masih ada?
lepas balik smayang,
kami semua g kubur..
kunjung kubur arwah tokwan n "yg kami semua syg"..
kami semua syg kn kakak!
kami baca yasin, adiah utk mereka pagi tu..
selamat hari raya..
kalo ko ada, mesti aku ko n mama boria pagi ni..
pkai bju raya sama!
selesai baca yasin..
sekali lagi..
air mata abah mengalir...
mengenangkan kakak..
yg kami semua syg..
sabarlah abah...tuhan sygkn akak sgt..

bckgrnd