~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Wednesday, March 30, 2011

update yg mcm xbape nk update~

woot~ woot~~ lama gileeeeeeeeeeerrrr kot x update blog. mmg gilerr ah! blog dah mcm "idop segan mati xmao"..heeee...;p
mmg xde pe sgt nk update. xbyk cite..juz sj on and update sket je...

last before out, thx pade sesiapa yg follow blog ni okay...nt i olz follow u olz balik lah okay..bye u olz...;))))

Thursday, December 9, 2010

Yang Terakhirnya.. T_T

Salam Disember dari ku..ahaksss!!

Yaaa..yaaaa...yaaaaa.. saya merasakan bahawasanya ini kemungkinan besar yaaa anda, kemungkinan besar dimana ini merupakan nukilan dan coretan saya yang terkahir...sob..sob..sob.. T_T.....nanti dulu yaaa, jgn terlalu emosional atau bersedihan..saya xsuka Pem-Flower (followers) saya berdukacita mendengar berita ini.. (bajet blog ini begitu Hot disitu! haha! ;p ) Sila baca dengan teliti ya para Pem-Flower ku yg sudi membaca blog ini..
( khususnya buat yg setia mengikut blog ini..termasuk Silent Reader..heheh) Ini mungkin titipan nur kasih saya tuk bulan Disember pada tahun ini kernaaa ya deh, pasni i susah la u olz nk jumpa komputer yg dilengkapi dgn internet..so ssh tuk i updet kisah suka duka pahit manis i di dunia yg penuh pancaroba ini..heee~ selamat merindui saya di laman FB yaa.. kuang..kuang..kuang.. ;p

Anda semua, sila mendoakan saya ya..semoga dgn penghijrahan saya dari tempat sy ini memberi kan sy berjuta2 kejayaan.. (perlukah setiap pagi minum Milo supaya sentiasa jd sihat dan kuat? tnya diriku di dalam hati.. =.=' ) Berat hati utk saya menceritakan segala2nya yg terjadi dlm idup saya. bukan lah hebat mana tuk sy berkongsi dgn anda sekalian. kerja saya biasa2 shja. ada juga org xpndang kerja ini. tp apa boleh buaaattt? mungkin ini shja rezeki saya buat masa ini.
( cewahhhh begitu think positif yaa di situ..hahaha!) saya akan mula training di cll centre streamyx pd mggu depan..asalnya, sy anggap keje ni mgkin sbgai pilihan yg terakhir tetapi x salah juga jika dijadikan sebagai permulaan utk saya bertapak dlm mencari kerja lain yg lebih saya minat dan lebih sesuai..wakaka..agak naif bahasa yg digunakan. heheh. sememangnya sejak azali, saya adalah seorg yg tinggi budi bahasanya. terima kasih~ ( smbil mengkelip2kan mata..auchh, nyampahnye muke) heheh.. ;p

Kadangkala, hati saya berdebar2.. (ecececehhh..cm skrip drama..) mcm2 cerita yg saya dgr mgenai position ini.. well, as u know kan, keje cmni kena angkat tipon, then, telinga mesti Kebal. itu yg salu sy dgr. tp sy rasa betol jugak. ada crite yg besssttt sy dgr, dan ada crite yg xbest sy dgr. pendek kata, itu semua atas diri saya. sama ada sy nk teruskan atau batalkan niat nk memasuki streamyx. Apa yg perlu saya buat skrg ialah, "i MUST try it first!" well, lalalalala packing2 brg then trun sabtu ni..menonong la masuk training..hmmmm...=.='
Sehubungan dgn itu, sy memohon kalian utk mendoakan kesejahteraan saya yaaa... semoga semuanya baik2 belaka..serta dipermudahkan segala2nya.. :)

ok, dats all pasal kerja.biase je. Adakan, sy tingin sgt nk becerita mgenai aktiviti seharian sy sepjg seminggu berada di kota metropolitan. tp sy takot nk berkongsi disini.. =.=' sy x taw la, mungkin sy terlalu kekampungan, dan bila tiba di sana sy mengalami kejutan dgn kehidupan warga sana..satu gejala yg sy boleh nmpak di mana2 sahaja yg susah sy nk lihat di tempat sy, iaitu org perempuan yg merokok..pelbagai lapisan umor. sgt slumber. sy taw, kwn2 saya pn ada jugak merokok, tp dorg merokok agak sembunyi2 dr org, yg ni lain, merokok tu sesuatu yg sgt biasa dimana2 shja pada bila2 masa..adakah sy kolot? terpulang lah apa jua anda nk analisa mgenai sy. sy xkisah benda tu sbb saudara perempuan sy dan kwn2 saya juga merokok. tp bila kiri kanan depan belakang, sy tgk keadaan itu terlalu biasa shja. oooh ok. xmengapa. mula2 mcm tekejut. yela, tempat sy ni, mmg ada je org prempuan merokok, tp dorg sembunyi2.. xde plak dorg tgh tggu2 bas ke apa then merokok..kompom org pndang die pelik. tp kt sana, da biasa sgt. tp kalo kt tmpat sy, agak luar biasa la jugak. ari pertama sy dtg sana, sy mula rase tmpat tu xkena dgn jiwa saya. sy buntu. xtaw pe perasaan sy ketika itu. sy msg kwn2 sy, dorg jwb "mybe la ko xjmpe geng2 ko lg"..hmm mybe la. after dat, sy kuar la ngn sorg dua kwn2 sy kt sana..and sy mula rasa sedikit OK..and now sy nk trun lg, entah, xtaw la cane....sy x biasa dgn kehidupan n jln sana jd mcm2 sy fikir. sy rasa mcm kehidupan sy akn dtg sgt menyusahkan..hadoiii.. =.='
Tp ada jugak benda buat sy happy nk trun sana.. heeee :)))
sila mendoakan kesejahteraan sy. amin~ :)

Ntah bila plak akan sy updet blog ini lg. semoga saya xlupa pasword dan emel blog saya. wakakakkaka..terima kasih pd yg sudi membaca kisah sy termasuk silent reader.. ^^

selamat Malam.














Sunday, November 14, 2010

Suatu penipuan

Salam sejahtera.

Pertama sekali, tiada unsur kelucuan malah jauh sekali unsur kelucahan yg akan aku titipkan pada text kali ini. Jika ada pun mungkin ianya hadir secara spontan atau dgn bahasa lainnya ialah ia hadir tanpa dipksa, di duga dan diminta. ( Adakah ini lawak bg anda?)
Yg kedua, saya berharap setiap coretan ini tidak jua mengaibkan diri sesiapa. ia sekadar luahan hati yg sedang saya tanggungi (Ayat terpaksa skema n ikut format SPM sbb penulis cuba mencerminkan keremukan hati beliau : Cik fifa, sila jgn dok wat terok ngat aih!)
Yg ketiga, x ada ape, sj nk ikut step, selepas kedua mesti ketiga, xmungkin ke-6.. ;p
Ok, saya akn mulakan sesi luahan hati sy walaupon tidak pula kedengaran suara2 yg bertnya keadaan sy ketika ini.

Salam 1 malaysia..( dah rase cukup patriotik a ni?),

Anda pernahkah rasa anda dikhianati? jika tidak, anda mmg berhati kering kontang dan x ada prasaan. Bg yg pernah, saya arap anda sabar ya kok...walopon sy sendri agak xdpt bersabar. cuma bile sy teringat2 benda ni, sy jd meluat. kalo x ingt, xapa..saya boleh mkn nasik smpai 4 pnggan.
Apa yg ingin sy ketengahkan disini ialah mgenai kepercayaan. Jika benar saya sahabat anda, anda mesti percaya pada sy, dan jika benar jua anda sahabat saya, maka saya jua harus pcaya pd anda. Tetapi, sekali kepercayaan yg sy beri sudah mulai hilang ataw disalah guna, anda jgn cuba mengisi borang atau permononan menerusi on9 utk kembali menjadi sahabat sy semula. sy sudah kecewa dgn anda. Bukan sekali sy ditipu anda, juga bukan 2, juga bukan 3,ohh juga bkn kali ke 4 ditipu, malah lebih dari 20x! Tabah jua hati saya menahan sbar dan memendam ati dgn penipuan anda.
Mengapa saya tidak menegur anda? Ohh sbb anda sahabat saya. Mengapa saya tidak menegur anda? oh sbb sy tidak mempunyai kekuatan utk menegur penipuan anda secara terang terangan seperti yg sy buat pd org lain kerana anda sahabat rapat sy dan sy tidak mahu kita bermasam muka. Mengapa sy tidak menegur anda? ohh kerana sy tau anda sendiri sedar yg saya tahu saya ditipu oleh anda.. (Tapi anda masih buat muke 'toya" dan xde rasa bersalah bila berhadapan dgn saya). Mengapa sy tidak menegur anda? ohh kerana saya tau jika itu berlaku, sy akan terus membenci anda dan mula berdiam diri. Mengapa saya tidak menegur anda? oh sbb byk rhsia anda dlm poket sy. sy tau kesusahan anda jd bkn masa yg sesuai untuk sy tinggalkn anda.
Anda dah byk kali terkantoi dgn saya di atas penipuan cerita yg anda karangkan dan reka2 kan pada saya, dan masa tu baru anda mula explain benda yg betol. ok fine. anda seorg yg mudah meminta maaf ( Dan sgt pandai meng-cover diri) dan saya pula seorg yg mudah memaafkan, jadi kita tetap masih bersahabat. Tp smpai bila harus sy berpewatakan "menarik" sperti ini ya deh? ohh sudah tentulah setakat ini shja sbb anda tidak lg sy kategorikan lagi sebagai sahabat baik sya. sya sudah fed up utk bershabat dgn seorg yg pembohong dan bercakap besar (padahal zero!) Tak perlu jua sy menampung "kebocoran" yg berlaku pd anda. Maaf byk2, bukan mengungkit segala pertolongan dan pemberian yg dihuluri tp jika anda di tempat sy sudah tentu anda cuba compare kan apa yg anda dpt di atas segala "pengeluaran" anda terhadap org tersebut..tidak kisahlah dlm bentuk apa sekalipun sama ada harta ataw wang..
Terus terang, sy sgt kecil hati. sy bukan lah jenis mengharapkan pembalasan sebegini "Wang yg sy beri pada anda, maka wang jugalah yg anda perlu beri pada saya. Harta yg diberi oleh sy kepada anda, maka harta jugalah yg anda perlu balas kepada sy". Tlg ya, sumpah sy bukan jenis begitu tp cukuplah jika anda tidak mengkhianati kepercayaan sy.
Tiada dikalangan kita mahu seperti ini kan --> "Budi yg diberikan, tuba pula yg dibalas".
sy dekat ngn anda, anda tipu sy..bila jauh pn, and jmpa sthn sekali kot skg ni, anda tipu sy juga? Fine, the conclusion is u r the big liar! anda mmg seorg penipu.
Seronok ok kalo kita dpt kwn dr gred A, rasa bertuahnya dpt kenal beliau..tp kalo kenal seseorg dr kelas gred E, rase myesal je jmpe n kenal die.
Sy tau anda bukan lah seorg kaki on9, jd mgkin anda tidak membaca nukilan ini, sekalipun on9, sy jua x rasa anda akan sempat membaca titipan kasihku ini..wawawa...sesungguhnya, ini khas untk anda my ex-bestfrenn..jika anda baca pon, sy tau anda xrasa apa2 sbb anda mmg jenis hati yg xde rase bersalah pd org. .

sekian dari sy, mangsa banjir 2010.

Sunday, October 17, 2010

The Graduation

Selamat siang!! ( Ini bahasa indonesia ya deh..jika di translate kan ke bahasa ibunda kita maka ia membawa maksud, "selamat petang"!) hehehe..dah lama aku x tgk sinetron indonesia di TV9 pukul 5.30 ptg yg berjudul "Cinta & Anugerah" lakonan mantap aktor kacak tanah air Ashraf Snclair dan aktress comel Indonesia (ala aku xtaw nama..tp die memegang watak sebagai "nabila") yg megisahkan konflik perebutan harta, dan cinta (pergh gile babas bahase aku). Dah 2 mggu berturut2 ak tidak mengikuti episod2 nya kerana ak pulang ke sarawak dan menetap bersama saudara aku di Tabuan..di rumahnya tidak dapat siaran tv9.. (ayat x pulak formal ya deh) hahahaha!
Anda tahu tujuan saya ke sarawak? saya ke sarawak bukan atas urusan bisnes, jauh sekali utk berhoneymun ya para pembaca sekalian...tp saya terbang ke sana adalah disebabkan oleh faktor2 yg saya sendiri tak dapat elakkan.
( wakakaka..giler a beb..bahasa apakah yg sedang aku gunakan?)

Tanggal 4 oktober, maka bermula lah suatu perjalanan yg cukup jauh oleh kami sekeluarga yang terdiri daripada diri aku sendiri, mak aku dan ayah aku yg dikenali dengan nama Puan Zubaidah Rayem bt Abdullah dan En. Yahaya Bin Hashim. Perjalanan ini sgt jauh tp mengambil masa kurang daripada sehari dengan adanya kemajuan dalam industri pengangkutan pada zaman ini.
( hahahaha!! Agak menyampah dengan bahasa yg sedang digunakan ini kan?) kami menaiki pesawat persendirian..(giler menipu di situ) dari kepala batas kedah menuju ke LCCT KL..perjalanan hanya mengambil masa selama 5o minit sahaja.. ('"sahaja'" la sgt..tu pun kebas bontot aku) cuaca sangat baik ketika itu. kemudian dari LCCT ke kuching Aiport, kami bersetuju untuk memilih menaiki jet pejuang milik peninggalan datuk aku ( Sekali sekala menipu tidak mengapa..ahaks..;p )..setibanya kami di sarawak, berpusu pusu penumpang menunggu untuk mengambil bagasi yg dibawa. termasuk aku sekeluarga. Di kejauhan, ternampak lambaian aunty2 aku..jarak kami tidak la smpai 1 KM..tp kami di pisahkan oleh cermin kaca..mereka menunggu kami dengan sabar di port "ketibaan".. ( ohh tlg lah sepak aku..bahasa apakah ini?;p )
Tanggal 8 oktober..bermula lah sesi raptai konvo utnk para graduan master dan juga ijazah di dewan Unimas. seawal 6.15pagi aku mencelikkan mata ini untuk ke mjlis itu. sesampainya di sana, kedengaran paluan kompang disusuli dengan tarian cak lempong ( aku tipu je..jgn pecaye). segala kerinduan kepada para sahabat dan pensyarah terubat ketika ini. kami sume berkumpul ramai2, bepelok ciom tanda kesyukuran dan kegembiraan yg tidak terhingga kerna di pnjang usia utk bertemu kembali.. ( bahasa apakah ini...ini bukan rncgan dokumentari kan?) Xbanyak yg berubah..sume sama je..makin cantik..hahaha..ada yg da keje..ada yg belom..mcm2 crite yg terkuar..yg xsempat dengar pun ada..wakakaka..pecah panggung gelak bile berjumpa ngn mber2 mase amik jubah..wat the happiest moment gitu..auch!

Tanggal 11 oktober 2010..tahun ini sgt2 lah bermakna buat aku.. pada hari ini, ak menerima Ijazah..penat lelah ak belajar selama 3 thn setegah di unimas..(penat copy paste asgment kot..hahaha!) juga pada hari ini, adalah hari jadi aku yg ke 17..wakakakakakaka..
saya bersyukur...sgt2 bersyukur dengan apa yg saya perolehi pada hari ini. saya dpt penganugerahan ijazah srjana muda dengan kepujian ekonomi industri, umur saya juga sudah dipanjatkan oleh Allah swt, sy mepunyai keluarga yg saling syg menyayangi, dan juga mpunyai teman idup yg sentiasa megasihi saya dan menyokong saya. Saya syg segala2nya yg saya ada pada hari ini sehingga ketika saat jari runcing ini menaip butiran huruf utk di reading oleh pembaca blog ini..dan akan sy syg kan sume ini sehingga ke hujung nyawa saya.. :)

Sekian dari saya dengan penuh iklas...^^

Tuesday, September 21, 2010

3 suku perkataan~ Hi. Po. Krit~

The 1st one is Selamat hari raya to all muslim who is reading this blog..^^ Semoga syawal thn ini lebih baik dr thn2 sebelumnya..May Allah hear every prayer all of you and shower his blessing to all of us.. AMIN~ :)


Well this is my first typing after raya. Sgt berkat kot sbb berat sy dah tambah 5
gram! heheh, bkn senang nk naik ok. so sila lah bsyukur..esok2 turun balik.. Huk...sy syg lemak saya.. ;((

2nd, Boleh sesapa gtaw sy apa maksud HIPOKRIT? Bila dan bagaimana seseorg itu boleh dilabelkan sebagai hipokrit? ouch, yg sy taw saya sgt bencikan org yg hipokrit! tp bagaimana kalo saya sendiri yg hipokrit? Jujur, kadangkala sy menjadi org yg hipokrit. walaupon saya sendiri benci pada org yg hipokrit. apa maksud sebenar hipokrit? bg sy, kadang2 sifat tu terpaksa dibuat2 utk menjaga ati sesetgh org dan mungkin juga tuk ati sendri..maaf kalo sy menyalah tafsir..ini pada pndangan sy bila sy menjadi hipokrit. Boleh x kalo sy katakan semua org yg bersifat hipokrit ini juga mengalami situasi seperti saya? iaitu disebabkan utk menjaga ati sesetgh org dan mgkin juga tuk ati sndri? Jika begitu, boleh kah kalo sy katakan sebenarnye sifat hipokrit ni 1 sifat yg indah? Dan boleh x kalo sy labelkan semua org yg bersifat hipokrit terhadap sy selama ini sebenarnya seorg yg mulia? ohh tidak mungkin...lupakan..semua itu sifat keji bukan terpuji.

Hipokrit...bukan 100% buruk..ada baiknya...yg semua org tahu, hipokrit ni seperti menukar identiti bg tujuan tertentu..sama ada dgn tujuan elok ataupon tidak...yg tujuan tidak elok tu bile die jd talam dua muka..sana ckp lain, sini ckp lain.

Tp xpe, yg penting diri sendri taw apa die buat. Hipokrit, a very bad word but Prove it in a nice way..sy taw niat sy. sy minta maaf pada semua yg pernah mgenali diri sy dan mungin sedang mgenali diri sy.

P/S : kita semua sebenarnya hipokrit walaopn kita selalu mgaku kita x hipokrit dan benci org hipokrit! kenyataan.. :)

Monday, August 2, 2010

Before & After ............♥♥

Selamat hari isnin, hari petama bekeje bg mggu ini. Jadi selamat bekeje dgn penuh tekun, cemerlang, and paling penting, cntrol cun di mana jua anda berada..wakakaka..;p

Dahulu...ceh eja penoh.. dulu okay, dulu...bukan main la hari2 masuk komen aku...siap kalo ak xon9 mesti tnye, mane pegi? nape lame mghilang? cewah, siap anta wall...tnye itu, ini...tp skg..perghh giler ah sombong. smpai ak tegor xmo jawab.. alasan? " u kan dah ada Gf/ Bf.." , "u kan da betunang" " u kn da kawen' "u kan skg mcm tu...u kn skg da mcm ni..." ouch, wat the hell? tlg lahh...xkan la sebab tu smpai xmo kawan da? owh okay..mcm tu....ok

Sebenarnye, dari situ la kite leh taw byk mane keiklasan org tu nk bekawan dgn kite. tlg lah ok, jgn buat alasan, "xnk la kaco yg org..org da berpunye...nt Bf/Gf/ Tunang/ Suami/ Isteri marah".. then terus sepi senyap sunyi. kalo betol dorg iklas kawan ngn kite, dorg xkan mcm tu..dorg xkan kisah apa status kite, dah kapel ke, tunangan org ke, istri or suami org ke..kwn jela..pe yg prob nye? "KAWAN SAHAJA"..bukan suruh ko "close" ngn die mcm berkapel, bertunang n berkahwin..agak2 a.. dah name pon kwn, ada a batas..jgn lelebih..respect each other. ini tidak, bg alasan mcm tu.. patut ke? xpatot...bg aku, itu la akibat bile kita terlalu mengharap untuk disayangi dan dicintai oleh org tu..bila org dh berkomitmen, knon frust, n bg alasan mcm tu..tlg ok, xleh diterima akal. cakap iklas nk berkawan " saya IKLAS nak berKAWAN dgn awk", "i IKLAS nk KAWAN ngn u". "aku IKLAS nak KAWAN ngan ko"..apa2 pun yg dorg lafazkan, ia tetap membawa sama makna, iaitu "IKLAS BERKAWAN"...tp betol2 iklas ke mcm tu? sengaja wat ayat manis..padahal auta je lebih..suke timbulkan propaganda di kemudian hari. ah bengong~ jd jgn cuba berharap dan mengharap kalo satu hari xleh terime bila apa yg kite nak, kite xdapat..ni secare general ak cakap, xkisah la, org ke, barang ke, cite2 ke, impian ke..jgn terlalu meletak harapan yg tinggi..mcm jwb exam n intview keje, do not over cnfident..bile xde hasil, frust, then bg alasan mcm kamen rider..Henshin!

Sebenarnye, elok sgt la xbekawan ngn org mcm ni..iklas nye cume bersifat sementara..xde kesedaran "sivik" dalam memahami konsep berkawan. kawan tuk terus kapel ke? trus tuk tunang ke? terus tuk kawen ke? yup2..mmg ada btol jugak, brkwn untuk ke arah itu..ke arah yg lebih baik, itu kalo dua2 belah pihak sama2 inginkan benda tu berlaku..bukan sebab sebelah pihak je nk benda tu terjadi. kita kena lah faham. nak kata x sekolah, ak rase x mgkin la kot...lekeh2 ada gak sijil UPSR..xpun KAFA..wakakaka ;p

Mungkin benda ni penah terjadi kt korg sume kan, n ianya penah juga terjadi pd aku..dan mungkin juga sedang berlaku..heee~ tp xpe, sbb dr situ la ak dpt taw keiklasan seseorg itu takat mana..xkire la baik laki mahu pun perempuan.. owh okay, dh taw..iklas nye cume di mulut sahaja..hnya di bibirrr...ouch, bajet bibir ko sexy ke?? owh tidakkk...tidak sama sekali..sexy lg mulut unta yg sedang menguyah2 kurma..wawawa..;p

Jadi, pada gerangan2 yg bersikap sedemikian rupa, cube la renung tenung kan di sudut penjuru umah anda sambil duduk rilek2 atas kerusi malas n mengunyah biskut makmur, perlukah anda bersikap sedemikian rupa pada rakan anda yg sudah pun berkapel, bertunang dan berkahwin..Dulu mase single and available, anda cakap iklas sungguh hajat n niat tuan hamba tuk berkawan dgn golongan2 ini, tp mengapa selepas terjadinya tsunami dan gempa bumi pada skala ritcher 7-7.9 anda terus aicehwah cewah "bisu"..bila tegur, xlayan, org len tegur layan plak...eh apahal..kalo dah xnk kawan, xpe...izinkan lah aku untuk mengangkat kaki tinggi2..sepak muke ko..sebab org mcm ni spiesis hipokrit yg teramat. ak xperlukan org mcm ni. berkawan yg jenis bersifat sementara. get berambus la. iklas kt mulot, tp dlm ati xseiklas yg dilafazkan.. ak xtaw la kalo time akad nikah nt cmne..ati len mulut len kot..eiii~ Bile berkawan, kite kena la iklas, itu penting, kedua tlg jaga ati kawan..kawan sejati ssh nk cari..kawan berdengki, xpayah susah2 cari, dia dtg sendri..wakaka..betol x? betol wey..kalo x caye, sila tnye aku..kemukan soalan tersebut di atas kertas pasir dengan menggunakan dakwat pen Ungu, sila jgn guna Liquid Paper bg membetolkan kesalahan ejaan..hahaha!

Ingat k, No matter who u r, and No matter who we r..kawanlah dgn niat yg iklas..bukan ada sesuatu makna lain..jgn ckp "iklas" hanya sbb nk amik ati org tu..(lebih kurang cm nk ayat2 a..xkire la laki ke pempuan, zaman skg same je) tp.., xpenah lak nk jaga "iklas"tersebut ..biarlah "iklas" itu kekal abadi selamanya biar teguh dr Tugu Negara..hehe..ini tidak, siap nk perli2..ada plak mcm tu...sila doakan sesuatu yg baik pada rakan anda sama ada rakan sepermainan di zaman kanak2 ke, rakan seperjuangan mase daki gunung santubong ke, rakan sepelarian mase melarikan diri ikut bf ke Lombok ke, rakan cyber ke, xkisah la jenis rakan yg mcm mane pon ko ada, mari sama2 kite mendoakan sesuatu yg baik utk mereka.. Percaya lah bile kite mendoakan benda baik tuk org, kite pon akan dpt sesuatu yg baik xkisahlah dari segi apa..sama ada pasangan idop ke, barangan letrik ke, perkakas dapur ke, kita akan dpt yg baik2 jugak.. contoh ah, contoh2..kite doakan rakan kite dpt handbeg 1 tali, nt di mase depan mane taw kita dpt paten beg yg ada dua tali ke kan? wakakaka..ha gitu ah..mls la nk explain cmne, kite sume ada akal fikiran, mesti taw fikir mane btol ke x.. kalo rase aku ckp ni betol, terima kasih di atas sokongan anda.afundi fifa mase af24 nt ok..kakakaka..kalo korg rase ak ckp ni x betol, ketuk la pale aku ngn charger nset nokia, tp jgn kuat2 nt pale aku benjol..wakaka~

Friday, July 30, 2010

Aku yang menyelia....

Pertama sekali, salam Takziah aku hulurkan buat 2 buah keluarga diatas pemergian anakanda mereka yg tersyg, iaitu kakitangan pembanci Malaysia yang pergi mengadap seruan Ilahi kerana terlibat dlm kecelakaan jalan raya.. Al-Fatihah~♥ Harapan aku agar keluarga tersebut sabar dgn apa yg terjadi. Tabahkan ati dgn pemergian yg tersyg..dan semua pembanci dh pun di "cover" dgn insurans..InsyaAllah, pihak atasan akan menguruskan perkara tersebut..

2nd, it's not easy to be a pembanci..org ramai pandang remeh dgn benda2 ni. .pandang rendah dgn pembanci. Selama sebulan aku bersama2 dengan kakitangan lain menguruskan hal ehwal bancian yg dijalankan di seluruh Malaysia..xsemudah yg disangka...pelbagai ragam anak buah ak jumpe. kesian sgt kt dorg.. asal dorg balik ke pusat operasi mcm2 luahan ak dgr.. antara paling sedih kes anak buah aku kena marah sebab dia bertanyakan anggaran gaji pada seorg responden.. Untuk pengetahuan semua, khususnya responden, kami yg di pertanggungjawabkan untuk menyelia dan membanci ni akan simpan semua maklumat anda. Apa yg pembanci kami tanya bukan untuk kepentingan sendri, tp itulah yg tercatit dlm borang kaji selidik. Dan tujuan pertanyaan anggaran pendapatan tersebut adalah untuk kepentingan negara bagi mengkaji pendapatan isi rumah Penduduk Malaysia..Anda xperlu risau kerana semua kakitangan yg terlibat telahpun mengangkat sumpah dan dikawal di bawah Akta membanci Rahsia Sulit kerajaan dimana sebarang kebocoran rahsia yg dibocorkan oleh kakitangan sama ada secara sengaja atau tidak, hukumannya adalah dipenjara..lebih dr 5 thn...jadi xkan la kitorg Bodoh sgt nk terjebak masok lam penjara? rahsia anda selamat di simpan dan diproses tanpa pengetahuan sesapa..jadi ak minta sgt agar semua responden tlg beri kerjasama. Masih ada yg xreti bahase..pelik aku..korg xdgr radio n xtgk iklan kt tv ke pasal kerajaan mesia nk buat bancian penduduk dan perumahan? ataw sengaja wat2 xtaw dan xnk amik taw disebabkan aliran politik yg berbeza?? tlg jgn "blame" pembanci kalo anda mempunyai fahaman politik yg berbeza! ini kerja mereka..taggungjwb mereka, anda sebagai responden tlg bg kerjasama dan jadi manusia yg cerdik, ada akal dan fikiran,,bukan ada akal, tp "kosong"!
Berbalik pd cerite anak buah ak yg kena marah td, korg bace la dialog ni k..mesti sakit ati sgt!

Pembanci : pakxik kerja apa?

Responden : pembantu tadbir..

Pembanci : Anggaran gaji pakcik berapa?

Responden : gaji ko bape?

Pembanci : Gaji saya dekat seribu lebih gitu la..Gaji pakcik bape? (pembanci ak tanye sbb dlm borg kaji selidik tu ada tanya anggarn pendapatan isi umah ok..)

Responden : seribu lima ratus...

Then, pembanci aku pon catitkan jumlah yg pakcik tu gtaw..then..,

Responden : ehh..ko tulis gaji aku tu elok2 sikit, aku cakap sribu lima ratus tu gaji ko..bukan gaji aku!

So, apa perasaan korg bile berhadapan dgn org yg mcm ni? bengang x? pakcik tu gaji rm800 lebih je. as a pembantu tadbir am..istri x bekeje, tp belagak nk mampos!! pembanci ak pegi uma org yg berpendapatan lebih 4 ribu pon x berperangai biadap mcm ni! sedih sgt bile ada RAKYAT MALAYSIA beperangai mcm org xpenah sambut MERDEKA..kebetulan sama2 MELAYU..hehehe..kesian pada org yg mcm ni kan? masih buta kayu.. kesian sgt...very poor ada org mcm ni... :))

ada pulak yg pembanci ak dtg je, cepat2 dorg masuk uma la, then ada pasang muzik kuat2, bila pembanci dtg bg salam, terus matikan muzik, konon tade sesapa kt uma..wargh..betapa bodohnya laa...ada plak, yg intai2 ikut tingkap tp stil xnk bukak pintu..kenapa susah sgt? anda mmg xbergaul dgn org kah? mcm tu pegi idup dlm GUA..xperli la idup di tgh2 bandar, tgh2 kwsan kejiranan kalo dh xnk jumpe org..kan? kan? kan?

Tlg la bg kejesama..tlg sgt..org lain pon byk keje ye anda2..bukan nk ngadap muke anda je..haish...kepada kakitgn yg terlibat, gud luck and enjoy wif ur work!! cukup bulan, kite enjoyyyy....;p


Saturday, July 24, 2010

Fifa is.........

....is saying Hi to all readers!! :)

weee...lame x updet blog..bz beb..bz..bz...thanks pada yg bru follow.. to ain n sorg lagi zatil kot.. nk bukak zatil nye blog xleh la..private kot..nt invite sy ok.. i will follow back ur cuttest blog! hehehe! :)
skg mase tu terhad sket, dats y kdg2 xsempat nk updet story. bukan ada pe sgt yg belaku dlm idop cik fifa ni haa..bnda biase2 je pon..iaitu mgurus anak2 buah n anak2 kucing kt pusat gerakan aku...eii cayang momot cayang...!! :) momot baru branak..dpt anak 3 ekor..kaler itam putih..cm wane die, haish, wane xbekembang lgsung! arrr! momot seekor kucing, ibu tunggal..wakaka..xpenah ak nmpak laki die..sian momot..momot pas branak makin garang..eii jentik tlinge kang bru taw..nk bg mkn pon nk marah..haree tol..ak salai gak anak die nt. nt ak uplod pic momot and anak2 beliau okeh. comel sehhh...cam aku...lalalaaaa.. wakaka ;p

arini 25julai 2010..xlama lg nk pose..xsmpai sebulan pon taw. sape2 yg lom setel ganti pose tu bawak2 la sedor diri..p la ganti pose...kang nt xsempat nk cover jenuh berganda nk ganti next year..cm aku..hehehe..skg tgh giat nk ganti pose...wooo weeee...bangganye ak lom sempat smpai ramdhan ak dh pose dulu..wakaka..practice make perfect la konon2..waisehh!! ;p

Dalam xsedar..(haish..lempang pipi laju2) dah nk masuk raya ke-2 arwah akak xde..rase benda tu bru jadi je..tp rupenye dh nk masuk 2x raya akak pegi tnggalkan kami sefamily. Rindu sgt kt akak..hanya Allah swt yg taw mcm mana tahap rindu ak kt akak..xtaw la cmne nk gmbarkan rindu ni..hnya org yg penah melaluinye je taw cmne tnggung rindu nk cium pelok org yg dah tade..org yg kite xkn jmpe smpai bila2 kt dunia ni...sgt sedih okay.. :)
Sayu ati time ari ptama rmdhan n pagi raye tu xpyh nk cakap la..meraung pon xde gune..ntah cmne nk tnggu rmdhan dtg tah..weeyyy skip rmdhan n syawal thn ni xbley ke? hahaha ;p

lagi satu, cis..ak bekenan bju kurung putih kt butik kerawang tu..rm197..hare mahal gilerr..warghh..aku nak..ak nak...tp smlm pegi ngn mak da tade...ciss, sape yg beli baju tu mmg gatal2 la badan die seumo idop..lalalaaaa..(dengki..hehe). .weh..korg dah beli bju raye x? wakaka..smgt..pose pon blom! wey kena beli awal a..nt org xmo terima tempahan dah..weee ak xmo beli lg...ekeke, nk tggu time rmdhan nt..mesti ada stok lawa2 kuar..yiyiyiyiyiyiyiyi...thn ni nk cri kaler grey..waawawa..cntik x weh? ak dh tgk smlm, wane tu cm kusam sket...tp ak cm suke, ak skg ni suke bju kosong,xde corak2 n just ada manik2 tu jek..ak dh xsuke bju yg byk bunge2, daun2, batang2, dahan2, or akar2 tu..heee..xpon kalo corak biar abstrak. tah nape..mgkin sbb umo dh masok ke fasa baru kot..wakaka..bj kosong ni nmpak cm ayu je..waawawa..bajet2..;p
then, pas raye, nt balik swk..nk konvo...weee bestnye..xsabar giler beb nk balik unimas...ouch, unimas's sick owkey..rndu ngn cafe, kolej, tasik, bas, kelas, fakulti, n dekan feb...(tah tibe2 je nk selit dekan) hahaha..rndu sehhh..xsabo owkey. bkn xsabo trime ijazah, tp xsabo jmpe kwn2..nk wat "mkn besar" hehehehe...best2...sukaaaanya!! ^^


Friday, June 25, 2010

My Happiness..♥

Weett..lame nye x updet blog..wakaka..maap la ye anda dr ujung ambot ak yg da bercabang ni ( coz da lama x wat rawatan salon, wakaka) sampai la ke kuku jari kaki telunjuk yerp...bz sgt lerp..bz ngn game TReasure Isle.. and now bz ngn keje..yeaa dh keje..hikhikhik~ ;p

1st, juz nk sharing yg i am not alone anymore...i got him..the guy that i love..from my heart..hope this is the last one..i love him till the end..♥ ^^ ( sory, ni bukan nk show off but from this blog la i want to share my happiness, and i tell my sadness..if ko xsuke n menyampah sila berambos dr sini sebelom ak tendang ko..wakaka)
sambung2..hahaha, pasni kalo xjd gak ak mls dh nk pikir2 lg..nk bukak2 pintu ati ke pe..ak dh fed up dgn sume ni.. ak cube blaja tuk faham die, and ak taw die pon cube tuk faham aku..wakaka...to all, plz pray for us..hope sume ok and diberkati oleh kedua2 family and paling penting, diberkati dan di rahmati oleh Allah swt..
pe yg pergi, ak lepaskan dgn penuh kerelaan ati..dan ape yg dtg, aku terima dgn ati tebuka and iklas..welcome to my life..thx 4 be part of my life syg! maap kalo tensen..wakaka! itu dugaan..sedangkan lidah lg tergigit kan..and ak taw die sgt la bersabar..2 slh 1 sbb ak syg die..tp stiap ksabran org ada limit, jd yg xreti2 bawak besabo cm ak tu pandai2 la nk cntrol, jgn pikir diri sndri je..pngalamn lepas byk mgajar kita..apa yg xelok, tnggalkan la..mcm org tua salu pesan, buang yg keruh amik la yg jernih..lebih kurang ah kot... jd, kalo dh taw bnda 2 xok, sila jgn buat..kalo ok, sila kekalkan..benda ni bukan tuk kebaikan sebelah pihak tp dua2 pihak..
Die salu pesan, die degil, tlg jgn sakit ati..but i know degil die takat level bape je..kalo 1 bngunan 2 ada 6 tingkat, ak leh bajet degil die tu kat tingkat bpe je..wakaka..jd ak xsusah ati..ada time2 je die degil..tp degil die kdg2 jenis betempat, and besebab jd ak xkisah..walopon sebab die tu ssh ak nk terime pakai..tp xpelah, i know him..:)
1 benda yg ak masih belum leh biasekan diri bila tibe2 die terdiam..tgh ckp2 atawpun berlawan ceramah, wakaka..dia diam..oh sgtlah ak xreti nk sesuaikan diri dan jiwa kerana beliau sgt lah talkactive! stat kenal until now, die mmg talkactive, jd bila ada mase2 tgh bercakap tibe2 die wat terdiam mmg ak xleh trime lah..jd ssh ati..nih yg ak rase cm nk sentap ni..wakaka! and i hope u read wat i wrote dis b..please dont do that! UNLIKE ..:)
wat ever u do, i hope u know la..pndai2 nk limitkan pape yg patot coz u r mine and i am urs..no matter who u r, no matter where u go..anywhere, evrywhere, somewhre,haha, i still love u! thx 4 the evrythg!

Thursday, April 29, 2010

mlm ni..

ak dah fed up laaa..fedup sgt!

bckgrnd