Anda tahu tujuan saya ke sarawak? saya ke sarawak bukan atas urusan bisnes, jauh sekali utk berhoneymun ya para pembaca sekalian...tp saya terbang ke sana adalah disebabkan oleh faktor2 yg saya sendiri tak dapat elakkan.
( wakakaka..giler a beb..bahasa apakah yg sedang aku gunakan?)
Tanggal 4 oktober, maka bermula lah suatu perjalanan yg cukup jauh oleh kami sekeluarga yang terdiri daripada diri aku sendiri, mak aku dan ayah aku yg dikenali dengan nama Puan Zubaidah Rayem bt Abdullah dan En. Yahaya Bin Hashim. Perjalanan ini sgt jauh tp mengambil masa kurang daripada sehari dengan adanya kemajuan dalam industri pengangkutan pada zaman ini.
( hahahaha!! Agak menyampah dengan bahasa yg sedang digunakan ini kan?) kami menaiki pesawat persendirian..(giler menipu di situ) dari kepala batas kedah menuju ke LCCT KL..perjalanan hanya mengambil masa selama 5o minit sahaja.. ('"sahaja'" la sgt..tu pun kebas bontot aku) cuaca sangat baik ketika itu. kemudian dari LCCT ke kuching Aiport, kami bersetuju untuk memilih menaiki jet pejuang milik peninggalan datuk aku ( Sekali sekala menipu tidak mengapa..ahaks..;p )..setibanya kami di sarawak, berpusu pusu penumpang menunggu untuk mengambil bagasi yg dibawa. termasuk aku sekeluarga. Di kejauhan, ternampak lambaian aunty2 aku..jarak kami tidak la smpai 1 KM..tp kami di pisahkan oleh cermin kaca..mereka menunggu kami dengan sabar di port "ketibaan".. ( ohh tlg lah sepak aku..bahasa apakah ini?;p )
Tanggal 8 oktober..bermula lah sesi raptai konvo utnk para graduan master dan juga ijazah di dewan Unimas. seawal 6.15pagi aku mencelikkan mata ini untuk ke mjlis itu. sesampainya di sana, kedengaran paluan kompang disusuli dengan tarian cak lempong ( aku tipu je..jgn pecaye). segala kerinduan kepada para sahabat dan pensyarah terubat ketika ini. kami sume berkumpul ramai2, bepelok ciom tanda kesyukuran dan kegembiraan yg tidak terhingga kerna di pnjang usia utk bertemu kembali.. ( bahasa apakah ini...ini bukan rncgan dokumentari kan?) Xbanyak yg berubah..sume sama je..makin cantik..hahaha..ada yg da keje..ada yg belom..mcm2 crite yg terkuar..yg xsempat dengar pun ada..wakakaka..pecah panggung gelak bile berjumpa ngn mber2 mase amik jubah..wat the happiest moment gitu..auch!
Tanggal 11 oktober 2010..tahun ini sgt2 lah bermakna buat aku.. pada hari ini, ak menerima Ijazah..penat lelah ak belajar selama 3 thn setegah di unimas..(penat copy paste asgment kot..hahaha!) juga pada hari ini, adalah hari jadi aku yg ke 17..wakakakakakaka..
saya bersyukur...sgt2 bersyukur dengan apa yg saya perolehi pada hari ini. saya dpt penganugerahan ijazah srjana muda dengan kepujian ekonomi industri, umur saya juga sudah dipanjatkan oleh Allah swt, sy mepunyai keluarga yg saling syg menyayangi, dan juga mpunyai teman idup yg sentiasa megasihi saya dan menyokong saya. Saya syg segala2nya yg saya ada pada hari ini sehingga ketika saat jari runcing ini menaip butiran huruf utk di reading oleh pembaca blog ini..dan akan sy syg kan sume ini sehingga ke hujung nyawa saya.. :)
Sekian dari saya dengan penuh iklas...^^