~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Tuesday, May 5, 2015

A journey to the Krabi, Thailand ( Volume 1)

Dengar sini semua aku nak berpantun.
Nak updet pasal holiday krabi, 
Gambar holiday takde. HAHAHA.

Sebab semua gambar holiday yg merecik yang shibidi bidi pon pon, shibidi bidi pen pen, semua semua tu dalam PC laki aku.
Tapi tak pe nt ak cuba cuba curik mana yg ada dlm fb termasoklah video krabi yg laki aku rakam dan filemkan sendiri atas usaha syok sendiri menggunakan gadget Gopro yg power dabom viewnya, 

Last entry ak ada cite pasal holiday krabi aku tu takat snorkeling. Yg entry ni ak nak cerita semua semuanya semula dari awal sampai aku balik ke Malaysia secara siriuussss tanpa ada selingan iklan bodo atau pn selingan cerita syok sendiri. 

Ok semua semua korang yang bercadang utk bercuti ke Krabi tu, *mengerling tajam* setelah kami menjalinkan ikatan yang sah sebagai suami isteri, kami bercadang utk bercuti honeymoon utk meraikan dendam cinta kami yang dah halal tu yang tengah meluap luap api cinta tu makanya destinasi pilihan kami adalah KRABI, THAILAND. Kenapa kami memilih Krabi? sebabnya krabi merupakan salah satu tempat yg tgh in trend ketika itu, (time tu bulan 10 tahun 2014) malah memiliki pulau pulau yang sgt cantik, indah, dan jauh dr kebisingan kota, dan terhindar dari segala kotoran yg menyakiti mata. Lagi pon suasana krabi tenang dan damai sesuai sgt utk pasangan yg dtg bercuti utk berbulan madu. 

Tips :
Tips ni aku khususkan buat sesiapa yang mahu ke Krabi dengan menggunakan kereta sahaja ye. selain dari kereta tu maafkan lah daku di pagi raya sebab korang kena merajinkan diri utk survey harga tiket sendiri lah.hihih. Suami aku ni ada satu sifat utk "hard travel" dlm diri dia. maksud aku dia sukakan travel yg mcm "menyusahkan tetapi menyenangkan" diri sendiri hahahahha aku je faham sebab dia laki aku. korg yg tak paham abaikan lah. 

 1) Untuk membawa keluar kenderaan keluar dari Malaysia, pastikan Owner kenderaan tu turut berada dalam kereta tersebut. maksud aku, korg tak boleh sewa kereta atau pon pinjam kereta mak ayah kau atau kawan kawan kau, kereta isteri/suami kau, kereta jiran kau, kereta bff kau walaupon dorang izinkan dengan sepenuh hati meminjamkan kereta tu utk korang sbb korg takkan lepas dr border. Wajib ada owner kereta tu turut serta utk ke krabi. 

2) Selepas pastikan kenderaan itu mmg hakiki korang punya maka korang kena pastikan korang juga ada Geran kereta yang original. Bukan fotostet punya ye ataupon kau dengan bangganya tunjukkan gambar geran ko tengah selfie dlm peti simpanan Bank kepada pegawai kastam yang jaga border. semua semua tu tak boleh. Untuk pengetahuan semua korang, kita sebagai pemilik kereta dah boleh simpan geran kereta sendiri walaupon kita belom bayar abis hutang kereta tu. Maksud aku ko beli kereta hutang 7 tahun. lepas 7 tahun baru leh tuntut geran kereta kt bank kan? kalau dulu, ya. tp sekarang, anytime ko boleh pergi amik geran kereta ko dekat bank walaupon ko baru je bayar kereta ko utk tempoh 9 bulan ke 6 bulan ke setahun ke...paham? Jadinya geran kereta ni yang asal ni ko kena bawak utk berurusan dengan pegawai kastam Thailand di border nt. Wajib ye.

3) Seterusnya korang kena buat Insurans kereta utk ke thailand. Tak mahal. murah je cuma RM15 utk seminggu. maksudnya insurans tu valid di thailand selama seminggu. kalau nak lebih pon boleh tp harga lain. korang leh tgk la list insurans nt kt tempat nk wat insuran tu ye. Untuk part wat insurans kereta ni korang boleh buat dekat mana2 je kedai insurans yang boleh buat utk ke thailand. jgn isau sepanjang panjang jalan ke padang besar atau area changloon tu mmg berlambak agen - agen yang korang leh wat insurans tu. Time aku dlu, kitorg wat insuran di satu kedai makan tepi jalan area changloon. Nama kedai Jo Cendol Pulut. Ni gambar kedai tu. pergi sana ckp nak wat insurans kereta masok ke thailand. Dah.

Jo Cendol Pulut


4) Merancang perjalanan dengan baik ye semua semua korang. Kami memulakan destinasi kami seawal 7pagi. Macam aku, dekat je sebab uma aku kt Kangar, Perlis. Wakakakak jadi lepas breakfast, dalam kol7 kitorg pon mulakan perjalanan ke border Padang Besar - Thailand. Tak silap aku, border ni mula dibuka seawal jam 6 pagi. if im not mistaken lah. ak kena cek semula dengan suami aku. Korang kalau boleh bergerak la awal ye..sebab dr Pintu border Padang Besar - Thailand nak ke Krabi tu makan masa sehingga 5 hingga 6 jam bergantung kepada pemanduan korang. Macam laki aku, dia drve  kesana lebih kurang 4 jam setengah ke 5 jam. Laju ke tak laju? laju sangattt. Tapi dalam kelajuan yang sentiasa lah menitik beratkan keselamatan ye. Kenapa ak suruh gerak awal? sebab kt sana dorang malam awal sejam lebih dari waktu malaysia. mksudnya Kol6 tu dah mula gelap. kol9 malam kedai souvenir banyak dah get standby nk tutup kedai. so utk tak merugikan masa better korang pon sampai awal utk meninjau2 & menikmati kawasan sekitar krabi sementara masih cerah. Pengalaman aku utk malam pertama sampai ke Krabi,we ols pon actually x perasan yang sana gelap awal sebab kebetulan ptg tu macam mendung2 senja. cuma pelik bila kenapa malam baru kol9 kedai sume dah ready nk close rupa rupanya sana malam awal. waakakakakkakaka itu belom masok lagi cerita bangun pagi.Nanti volume akan dtg ak cerita kekalutan suami isteri ni pepagi buta. volume 1 ni ak cuma nk lebihkan tips2 je dulu ok ! ;D

5) Utk yang kesana menaiki kenderaan sendiri, ak nasihatkan korang boleh tukar matawang asing tu dekat area Padang Besar sebelah Thailand punya. (Bukan pdg besar belah Malaysia ye) sebab situ dia beli duit kita agak tinggi sikit berbanding dengan tempat lain even kalau korang tukar dekat malaysia pon takkan dpt murah. Tips aku, lepas je korang keluar gate border masok Thailand tu, korang terus belok ke kiri jalan straight cuba cari tapak pdg besar thailand and straight lagi smpai la korg jumpa satu pekan kt dalam sana..cari 7 eleven sbb kdai ni dekat2 dgn 7 eleven sebelah kiri ye.tp spjg2 perjalanan tu berpuluh 7 eleven korang akan jumpa. struggle lah ye huhu. sbb kedai matawang ni hasil dr tanya2 orang sana itu la tips yg dorg mampu bagi sbb kebanyakkan yg kami jumpa di sana x ramai yg boleh berbahasa inggeris. sesat tu toksah habaq la..mmg berpusing jgk mencari kedai matawang nk tukar tu and akhirnya jumpa jgk. Gambar kedai tu ak lupa nak amik. Tp dia betol2 tepi jalan. sebelah kiri. korang park je kereta ke tepi nanti ok. Suami aku tukar time tu RM1500 and masa tu nilai kita mcm biasalah jatuh sikit RM10 = 980Bhat..but still ok sbb kalo korg tukar duit kt Pekan Krabi, RM10 = 780Bhat aje woiiihh apa ke murah matawang kita sekarang kan *nangis* Tapi nasibla suami ak ni jenis byk wat research and membaca dulu before tukar duit kalau tak betapa byk kerugiaan kitrg kena tnggung kalo tukar duit kt krabi tu. 

6) lepas da tukar duit korang patah balik la menuju ke arah nak pintu border td dan boleh lah set GPS utk ke krabi. Xsusah pn sbb jln ke krabi ni Straight sokmo.



To be continue...







Saturday, May 2, 2015

Jangan jadi wanita mengandung yang Loser !



Online fb ternampak satu artikel ni. Niat nk trus updet kt fb je apa nk di luah sekali rasa mcm panjang pulak ayat aku..so aku delete and open blog. apa guna ada blog kalau kau tak merapu lebar2 kat sini. wakakakakakaka

so berikut adalah artikel yg hati ni berminat nak baca..Tp lepas baca jujur aku nak cakap aku rasa its so so annoying dude!! so semua korg jemput baca :-

"Waktu Isteri 'Pregnant' Adalah Dugaan Paling
Besar Dan Paling Mencabar Untuk Suami .
" Erk ? Kenapa ? "
Waktu Inilah ..
Isteri Anda Akan Jadi Seperti 'Kanak Riang
Ribena'
Situasi Pertama :
---------------------
" Abang.. Dengar Lah Sayang Cakap Nie ..Ite
Nak Abang Peluk !! "
" Sayang..Abang Sibuk Nie...Nantilah Peluk .."
" Abang Nie Memang Tak Sayang Ite Ngan
Baby Nie ! "
* Suami Tepuk Dahi*
Situasi Kedua :
--------------------
" Abang ..Ite Mengidam Nie ..Tolonglah Belikan
Ite..Bla..Bla "
" Sayang ..Lewat Malam Dah Nie .. Besok K ? "
" Takmau !! Nak Malam Nie Jugak !! *Tarik
Muncung*
* Suami Tepuk Dahi Lagi *
Situasi Ke Tiga :
---------------------------
* Bergaduh Kecil *
* Isteri Buat-Buat Rasa Nak Bersalin*
* Suami Cuak Tak Terkata Dah *
" Sayang.,.Sayang Okay Tak Nie ? Abang Nak
Buat Apa Nie ? Ya Allah..Abang Mintak Maaf
Sayang .. Abang Sayangkan Sayang "
" Heheh..Comel Abang Nie ..*Cubit Pipi * Dah
Takmau Gaduh.. "
* Suami Tepuk Dahi Berkali-Kali *
Ketahuilah ..
Saat Inilah Isteri Anda Sangat , Sangat , Dan
Sangat
Nakal .
Mengusik ? Merajuk ? Mengada ?
Hobi Pertama Dialah .
Jadi ? Mohon Bersabar ...
Hargailah isteri anda..pnuhi pa yg d minta isteri..hehe..sy syg jodoh sy sangat2..Ya Allah d mana pun jodoh ku brada,lindungilah drinya dripada kemungkaran..kuatkan lah rasa cinta dan syg antara driku dgn drinya..Amin.. smile emoticon
.
Admin
Mari Hamil - Like ~

Nak tau kenapa aku feeeeling annoying??
Tak dinafikan ketika isteri sedang mengandung itu antara dugaan BESAR buat si suami. Tapi setakat aku mengandung yang kini dah cecah 6 bulan ni tak de lah Tergegeh sangat mcm cite artikel ni Bahahah!  Aku pn ada masa masa datang masa mengidam. Tapi wahai perempuan di luar sana, Allah dah kurniakan kita akal kalau boleh guna la otak tu pikir bg cerdik bukan sebab melayan nafsu. Kalau mengidam waktu malam, celah mana laki nk carik. kalau idam benda senang sekalipon, tok sahlah buat laki tepok dahi atau pn biar laki keluar tetengah malam cari benda idaman korg tu. Macam tak jumpa matahari dah esok nye sampai nak nak juga malam ni. Bg pelempang mau? Seelok eloknya,jd lah isteri yg memahami suami walau tak faham mana tp bg la faham skit. luahkan apa yg di idam tu esok hari lepas terbitnya fajar, Laki pn tak la tepuk tepuk dahi lagi mcm dlm artikel ni. Lg 1 ak percaya zaman skrg byk pempuan pandai berdikari sendri.  Selagi mampu dan berupaya gerak utk mencari apa yg di idam tu,berusahalah kamu wahai kaum wanita yang sedang mengandung diluar sana. Takkan la all the times u all nak buat laki u all tepuk dahi? ak percaya lama lama nanti laki korang akan mengalami satu simptom cacat kekal dimana dahi laki korang telah pon terpenyek ke dalam akibat kekerapan menepuk dahi tu
Kalau dulu sebelom mengandung bila baca artikel artikel macam ni nk komen nak ulas pon tak reti sebab kita tak merasa keadaan menjadi wanita mengandung. Mungkin itu akan terjadi pada semua wanita mengandung. Tp ternyata bohong. Aku rasa perempuan mengandung tak delah beza jauh sgt perangai nye masa membawa budak ni. Tu semua disiplin diri memasing. Sama ada nak sabar atau pon nak mengada - ngada. kalau berbalik pd artikel kt atas, aku yakin itu semua adalah sifat ngada ngada yang di sengajakan. Sebab utk aku, ada benda boleh disengajakan dan ada benda tak boleh nk di sengajakan! melainkan satu je, NGADA NGADA. 
Berbalik pada perenggan pertama artikel dimana isteri nak nak jugak benda idaman tu malam malam tu jugak. Utk ak yg sedang mengandung ni, itu semua perangai keji dan perangai yang tak sayangkan suami. contoh lah, kau mengidam ABC pukul 3 pagi. kena ko duduk tengah2 kampong, mana laki kau nk cari ABCDEFGHIJKLM ko tu kt tgh2 kg? kalo bandar mgkin leh jgk cincai2 cari kt kedai mamak yg mmg mostly open 24hours. kalau kt kg? tak ke kesiann kat laki ko ronda mcm apetah pukul 3 pagi dengan embun sejuk dingin semata2 nak dptkan ABC korg yg semangkok rm2.50 tu? itu kalau la mengidam ABC. kalau tgh malam mengidam benda yg mustahil nk dpt dalam daerah atau kwsan korg macam mana? snggup ke biar laki ko meronda malam2 tu jugak?ade tak pikir laki korg esok pg nk bgn pi keje? ade x? pastu ade x korg pikirkan keselamatan laki tercinta korg tu meronda tgh2 malam? kalau kena samun ke, eksiden ke, paling sedih eksiden pommm mati..mcm mana? apa korg nk wat? menyesal? YA harus lah menyesal sbb korg perempuan mengandung di luar sana tu terlalu mengikut nafsu dan manja diri sampai abaikan keselamatan suami memasing. Jadi ak sebagai pempuan mengandung ni juga nk pesan pd korg yg seangkatan dgn aku, Bersabarlahhh..bertenang...sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tidak berguna. ABC xde leh cari ari lain kalau suami takde ko nak cari camane? kita yg sedang mengandung ni mmg seeking attention dr suami tp jangan lah over melebih sgt mita perhatian. kesian sikit ye kt suami lagi2 kalau suami tu keje buruh kasar. pagi p keje angkat batu bata panjat sana sini. balik lewat ptg nk hadap ngade ngade korg lagi. letihhh tauhuu? letih...kalau syg suami, jgn la bebankan suami over sgt. pikirkan keselamatan dan kesihatan suami jgk. 
Utk perenggan kedua, bagi aku nk bermanja pn tgk keadaan. ye tgk la keadaan atau situasi. Macam aku, awal mengandung dulu aku nak makan aku mita suami suap. time tu pn mmg laki  ak tgh makan. aku tak makan sebab xde selera. laki aku pelawa ak makan," uny nak tak?" aku jawab " nak..b suap kan" . Bg ak manja macam tu ok lagi lah. bukan melampau terok and laki ak pn xde tepok dahi sebab dia mmg tgh makan. lain lah tetiba laki aku tgh baring tgk tv ak dtg bwk sepinggan nasik bertempek tepi dia lalu minta dia suapkan. itu NGENGADA namanya. Ataupon ape kejadah mita laki pelok kalo time tu laki korg baru lepas mandi dan sedang menyarong spender? baru sarong takat lutut korg dah terhegeh hegeh minta dipelok? boleh kot tggu laki sarong sepender tu sampai abis ke pinggang? itu contoh lah. mksudnya nk bermanja tgk keadaan suami. Imagine si suami sakit perot tggu masa nk terciret..si suami pon lari lari sambil berkemut kemut jubor bekejar  ke toilet sambil sebelah tangan pekop pekop kat bontot besar harapan si suami mudah mudahan taik tak la tercirit keluar sebelom masanya. kalao keluar pon mgkin tak banyak sebab tangan dah tekop salor bontot alih alih kita perempuan mengandung ni diri terpacak depan pintu toilet smbil cakap kt suami     " kalau abang nak masok jamban ni, abg kena pelok ita dulu! kalau tak pelok, ita tak nak bagi abang masok !"  So jadinya aku yakin laki korang akan jadi badut sarkas serta merta. nak pelok ke nk cirit depan korang? sebenarnya suami korang pon tak tau nak buat keputusan. kang tak pelok korg dia tak leh masok jamban. yang taik dah kat hujung hujung jubok nih...itu kalau tak meneran pon taik dah leh tercirit. kang kalo pelok  korg pulak, tangan yg tekop bontot td terpaksa dileraikan maka taik pn akan mempreettt preeett keluar akibat dah takde daya tahanan di hadapan alur susur jubor..jd mcm mana? ada pikir perasaan laki korg yg masa tu diluah mati emak.ditelan mati bapak tak. EH! Tu pasal aku cakap perempuan mengandung jenis mcm ni tak da akai. akai ni letak kt lutuit. kita mengandung jgn la over sgt ibarat kurang kasih syg suami melainkan Yes you truly tak cukup kasih syg suami selama ni jd bila mengandung time ni la nak amik kesempatan mita perhatian. hahahahahahha itu semua LOSER wahai perempuan mengandung di luar sana. eh menyampah plak ak baca artikel ni sebab ni semua jenis kaum kaum mengandung yg over ngada ngada. 
Perenggan ketiga ak no komen la sebab aku baru 6 bulan takkan la ak nk bergurau benda yg x patot. tetibe sgt la kalo ak buat buat sakit nk beranak dikala usia baru mencecah 6 bulan ni. ingtla gurauan tu kadang2 boleh bertukar menjadi malapetaka. ELok elok perot sihat tetiba ko nak bergurau sakit semata mata nak perhatian suami. Kalau nanti seminggu lepas tu ko btol2 sakit nk beranak waima belom masanya dan si suami buat x peduli pasal ingt ko bergurau mcm haritu, sedangkan time tu mmg ko btol2 sakit..apa nk buat? ko nak majuk? majuklah tp jgn salah kan si suami kalo jd apa2 kat diri sndri atau anak yg dikandung tu tau sebab seharusnya ko sndrir kena bertanggjwab akibat perbuatan gurauan bodoh ko yg lepas.btol kan? Ataupon mcm mana pula kalau Allah murka dengan sifat si isteri yang mcm ni, membodoh bodohkankan si suami walaupon niat bergurau tp dah mendatangakn rasa panik pada suami lalu Allah trunkan bala...Allah buat bg ko sakit dan btol2 beranak masa kandungan tu baru 6 bulan? Apa ko nk wat? boleh minta ampun dan mita dimudahkan urusan bersalin je la...kan? kan? Jd nya wahai perempuan mengandung di luar sana sebelom  kita secara x sengaja jd manusia yg dimurkai Allah, buatla perangai elok2 sikit. kita ni isteri...redha seorg isteri tu adalah dibawah suami. jd hormatilah suami mu. sayangilah suami mu. 
Janganlah terlalu mengambil kesempatan keatas suami kerana alasan mengandung. Bila dah mengandung ni baru aku merasai perasaan tu sebenanrya perasaan tu semua boleh dikawal kecuali BAD MOOD. ini je aku tak tau nak control. itu terjadi kt aku tp bukanlah kerap. Selalunya ak jd bad mood sebab penat. bila penat, ak malas bersembang, malas layan apa laki aku cakap. Tp 1 je ak kagum dgn suami aku, masa ak bad mood dia sgt sgt sabar. kdg dia tnya ak jawab tp tak tgk muka dia. tp nt dia tnya lg, ckp elok2, ak stil jwb ikut suka aku. tp dalam masa sama ak akan mengerling tgk suami selalunya dia x perasan ak curi2 pandang wajah dia. bila ak pandang, dlm hati cepat2 aku pujuk hati yg sedang moody " kesian laki aku.." so ak akan tegur dia mcm biasa n ckp elok2. tp suami ttp layan elok walau dia sndri kdg penat n moody. Msa mengandung ni tak dinafikan byk perubahan yg jd kt laki kita. kalau korg semua perasaan suami kita ni become positive. yang kalo dlu kuat majuk ke, kuat bebai ke, garang ke, ape ke tp korg perasaan tak masa mengandung ni hilang semua sifat2 ni...mgkin x hilang 100% tp ak jamin 75% kebanyakan xde perangai lama. Tapi ingt ye, jgn amik kesempatan. kesian sikit kt suami. suami bukan robot. all the times kena layan kita. suami kita manusia mcm kita juga ada hati dan perasaan.
Jangan pulak bg alasan riak. "i mengandungkan anak you. i penat tau" tp berterima kasih jugak pd suami sebab air mani suami tu lah pencetus kita boleh mengandung. jd bila mengandung jgn riak pada suami sbb tanpa suami kita pon tak mampu utk mengandung mcm skrg. jd jgn lah amik kesempatan sgt kt suami. kalau betol sayang suami, fikirkan juga kesihatan dan keselamtan suami kita ye wahai perempuan mengandng di luar sana. 

SELAMAT MALAM. 











bckgrnd