~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Tuesday, May 5, 2015

A journey to the Krabi, Thailand ( Volume 1)

Dengar sini semua aku nak berpantun.
Nak updet pasal holiday krabi, 
Gambar holiday takde. HAHAHA.

Sebab semua gambar holiday yg merecik yang shibidi bidi pon pon, shibidi bidi pen pen, semua semua tu dalam PC laki aku.
Tapi tak pe nt ak cuba cuba curik mana yg ada dlm fb termasoklah video krabi yg laki aku rakam dan filemkan sendiri atas usaha syok sendiri menggunakan gadget Gopro yg power dabom viewnya, 

Last entry ak ada cite pasal holiday krabi aku tu takat snorkeling. Yg entry ni ak nak cerita semua semuanya semula dari awal sampai aku balik ke Malaysia secara siriuussss tanpa ada selingan iklan bodo atau pn selingan cerita syok sendiri. 

Ok semua semua korang yang bercadang utk bercuti ke Krabi tu, *mengerling tajam* setelah kami menjalinkan ikatan yang sah sebagai suami isteri, kami bercadang utk bercuti honeymoon utk meraikan dendam cinta kami yang dah halal tu yang tengah meluap luap api cinta tu makanya destinasi pilihan kami adalah KRABI, THAILAND. Kenapa kami memilih Krabi? sebabnya krabi merupakan salah satu tempat yg tgh in trend ketika itu, (time tu bulan 10 tahun 2014) malah memiliki pulau pulau yang sgt cantik, indah, dan jauh dr kebisingan kota, dan terhindar dari segala kotoran yg menyakiti mata. Lagi pon suasana krabi tenang dan damai sesuai sgt utk pasangan yg dtg bercuti utk berbulan madu. 

Tips :
Tips ni aku khususkan buat sesiapa yang mahu ke Krabi dengan menggunakan kereta sahaja ye. selain dari kereta tu maafkan lah daku di pagi raya sebab korang kena merajinkan diri utk survey harga tiket sendiri lah.hihih. Suami aku ni ada satu sifat utk "hard travel" dlm diri dia. maksud aku dia sukakan travel yg mcm "menyusahkan tetapi menyenangkan" diri sendiri hahahahha aku je faham sebab dia laki aku. korg yg tak paham abaikan lah. 

 1) Untuk membawa keluar kenderaan keluar dari Malaysia, pastikan Owner kenderaan tu turut berada dalam kereta tersebut. maksud aku, korg tak boleh sewa kereta atau pon pinjam kereta mak ayah kau atau kawan kawan kau, kereta isteri/suami kau, kereta jiran kau, kereta bff kau walaupon dorang izinkan dengan sepenuh hati meminjamkan kereta tu utk korang sbb korg takkan lepas dr border. Wajib ada owner kereta tu turut serta utk ke krabi. 

2) Selepas pastikan kenderaan itu mmg hakiki korang punya maka korang kena pastikan korang juga ada Geran kereta yang original. Bukan fotostet punya ye ataupon kau dengan bangganya tunjukkan gambar geran ko tengah selfie dlm peti simpanan Bank kepada pegawai kastam yang jaga border. semua semua tu tak boleh. Untuk pengetahuan semua korang, kita sebagai pemilik kereta dah boleh simpan geran kereta sendiri walaupon kita belom bayar abis hutang kereta tu. Maksud aku ko beli kereta hutang 7 tahun. lepas 7 tahun baru leh tuntut geran kereta kt bank kan? kalau dulu, ya. tp sekarang, anytime ko boleh pergi amik geran kereta ko dekat bank walaupon ko baru je bayar kereta ko utk tempoh 9 bulan ke 6 bulan ke setahun ke...paham? Jadinya geran kereta ni yang asal ni ko kena bawak utk berurusan dengan pegawai kastam Thailand di border nt. Wajib ye.

3) Seterusnya korang kena buat Insurans kereta utk ke thailand. Tak mahal. murah je cuma RM15 utk seminggu. maksudnya insurans tu valid di thailand selama seminggu. kalau nak lebih pon boleh tp harga lain. korang leh tgk la list insurans nt kt tempat nk wat insuran tu ye. Untuk part wat insurans kereta ni korang boleh buat dekat mana2 je kedai insurans yang boleh buat utk ke thailand. jgn isau sepanjang panjang jalan ke padang besar atau area changloon tu mmg berlambak agen - agen yang korang leh wat insurans tu. Time aku dlu, kitorg wat insuran di satu kedai makan tepi jalan area changloon. Nama kedai Jo Cendol Pulut. Ni gambar kedai tu. pergi sana ckp nak wat insurans kereta masok ke thailand. Dah.

Jo Cendol Pulut


4) Merancang perjalanan dengan baik ye semua semua korang. Kami memulakan destinasi kami seawal 7pagi. Macam aku, dekat je sebab uma aku kt Kangar, Perlis. Wakakakak jadi lepas breakfast, dalam kol7 kitorg pon mulakan perjalanan ke border Padang Besar - Thailand. Tak silap aku, border ni mula dibuka seawal jam 6 pagi. if im not mistaken lah. ak kena cek semula dengan suami aku. Korang kalau boleh bergerak la awal ye..sebab dr Pintu border Padang Besar - Thailand nak ke Krabi tu makan masa sehingga 5 hingga 6 jam bergantung kepada pemanduan korang. Macam laki aku, dia drve  kesana lebih kurang 4 jam setengah ke 5 jam. Laju ke tak laju? laju sangattt. Tapi dalam kelajuan yang sentiasa lah menitik beratkan keselamatan ye. Kenapa ak suruh gerak awal? sebab kt sana dorang malam awal sejam lebih dari waktu malaysia. mksudnya Kol6 tu dah mula gelap. kol9 malam kedai souvenir banyak dah get standby nk tutup kedai. so utk tak merugikan masa better korang pon sampai awal utk meninjau2 & menikmati kawasan sekitar krabi sementara masih cerah. Pengalaman aku utk malam pertama sampai ke Krabi,we ols pon actually x perasan yang sana gelap awal sebab kebetulan ptg tu macam mendung2 senja. cuma pelik bila kenapa malam baru kol9 kedai sume dah ready nk close rupa rupanya sana malam awal. waakakakakkakaka itu belom masok lagi cerita bangun pagi.Nanti volume akan dtg ak cerita kekalutan suami isteri ni pepagi buta. volume 1 ni ak cuma nk lebihkan tips2 je dulu ok ! ;D

5) Utk yang kesana menaiki kenderaan sendiri, ak nasihatkan korang boleh tukar matawang asing tu dekat area Padang Besar sebelah Thailand punya. (Bukan pdg besar belah Malaysia ye) sebab situ dia beli duit kita agak tinggi sikit berbanding dengan tempat lain even kalau korang tukar dekat malaysia pon takkan dpt murah. Tips aku, lepas je korang keluar gate border masok Thailand tu, korang terus belok ke kiri jalan straight cuba cari tapak pdg besar thailand and straight lagi smpai la korg jumpa satu pekan kt dalam sana..cari 7 eleven sbb kdai ni dekat2 dgn 7 eleven sebelah kiri ye.tp spjg2 perjalanan tu berpuluh 7 eleven korang akan jumpa. struggle lah ye huhu. sbb kedai matawang ni hasil dr tanya2 orang sana itu la tips yg dorg mampu bagi sbb kebanyakkan yg kami jumpa di sana x ramai yg boleh berbahasa inggeris. sesat tu toksah habaq la..mmg berpusing jgk mencari kedai matawang nk tukar tu and akhirnya jumpa jgk. Gambar kedai tu ak lupa nak amik. Tp dia betol2 tepi jalan. sebelah kiri. korang park je kereta ke tepi nanti ok. Suami aku tukar time tu RM1500 and masa tu nilai kita mcm biasalah jatuh sikit RM10 = 980Bhat..but still ok sbb kalo korg tukar duit kt Pekan Krabi, RM10 = 780Bhat aje woiiihh apa ke murah matawang kita sekarang kan *nangis* Tapi nasibla suami ak ni jenis byk wat research and membaca dulu before tukar duit kalau tak betapa byk kerugiaan kitrg kena tnggung kalo tukar duit kt krabi tu. 

6) lepas da tukar duit korang patah balik la menuju ke arah nak pintu border td dan boleh lah set GPS utk ke krabi. Xsusah pn sbb jln ke krabi ni Straight sokmo.



To be continue...







No comments:

Post a Comment

bckgrnd