~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Wednesday, May 23, 2018

Menu 6 Ramadhan

Ikutkan aku nak susun menu aku masak sepanjang ramadhan ni dlm blog tp tu la since ada problem nak upload gambar aritu tah apa masalah tah terus malas nk update entry. And aku pon ingat ingat lupa dah menu apa aku masak sepanjang 1 ramadhan sampai 5 ramadhan ni hahah! yang pasti ramadhan ke 4 kitorg berbuka kt luar. makan steamboat dekat Restoran Shabu Shabu! Best la aku dpt cuti masak
 😅😅

So ni aku start dengan menu pada 6 Ramadhan. Aku nak share resipi tomyam ala Thai versi aku lah. Tomyam aku ni tak cukup bahan. Takde daun limau purut. sayur pon tak banyak. pakai  je apa yg ada stok sayur dlm peti ais tu. Senang masak tomyam ni rebus rebus je pon hihih. Lagi satu versi aku kalo buat tomyam aku jenis tak tumis tumis sebab aku pakai pes je. Pes tu pon dah berminyak. Kau nak tumis2 watpe . nanti makan benda banyak minyak, muka pon berminyakkkk minyakk takk?? 😌

RESIPI TOMYAM CAMPUR ALA THAI

  • 1 batang serai diketuk
  • 1 labu bawang besar potong bulat nipis
  • 1 labu bawang besar potong dadu empat. Guna bawang holland lagi sedap. sebab manis. Uma aku takda stok bawang holland jadi aku pakai bawang biasa je 😁
  • Cili padi pon ketuk je aku letak dalam 4 biji gitu kalo korang suka pedas kaw sila tambah bilangan sendiri ye 
  • 3 ulas bawang putih. Ketuk je sebenarnya tapi aku kena tumbuk lumat sbb laki aku tak suka bila makan tergigit bawang putih 😌😅
  • Limau nipis 2biji gitu

  • Ayam di potong dadu. Aku pilih bahagian dada banyak isi 
  • Udang
  • Sotong

  • Tomato
  • lobak merah
  • Bunga kobis
Ni je stok sayur yang ada dalam peti ais umah aku selain bendi, sawi dan kacang buncis. Ambil lah sayur yang bersesuaian je tak payah nk buat tomyam hispter bulan bulan puasa ni banggg

CARA PENYEDIAAN :


Ok u ols rebus je semua bahan td tu. Masukkan air takat mana kuah korang nak tu. Masukkan Bawang besar,  cili padi ,serai, dan bawang putih. Biar kn mendidih jap. 😅

Bila dah mendidih tu korang masukkan isi ayam pulak. ayam dulu tau. Then biarkan mendidih lg . Sotong ngn udang jgn bubuh lagi. sbb sotong udang cpt masak. kalo over cooked nt sotong jd liat, udang jd keras. 
Ingat! Kita nak bg suami makan kann..harus kena sedap KAH KAH 😌
Bila ayam dah mendidih, korang letak la pes tomyam tu..Jangan pakai Kiub ..tak sedap 👎👎



Ha..aku suka pakai pes tomyam yang ni..THAI TOM YUM. aku beli kt padang besar. Pes lain aku tak pernah try.  Tp kalo tgk review ramaaaaaii yang suka pakai pes ni jugak! Aku beli mmg botol besar sebab senang tak payah beli berulang kali. 😁


Aku letak 3 sudu besar mcm dalam gambar. Utk pedas, dan terasa tomyam tu.kalau kedekut letak mmg seroii la kuah nanti. so lepas dah bubuh pes ni korang kena rajin kacau kacau bagi pes tu betul2 hancur dalam air periuk kalau tak nanti berketul tak sekata u ols!! 


Ok, lepas dah kacau kacau tu, bagi la mendidih sekejap. Dah mendidih tu, korang boleh lah masukkan sotong, udang, dan semua sayur tu, lepastu terus picit limau nipis. gitu! senang kan?? akakakakakakkakaka 

Nih aku nak share satu RAHSIAAAA nak bagi tomyam korang sedap macam rasa makan kat kedai Abeeeeyyy!! 


Taraaaa!! Nindiaaa susu pekat kauuu diknon oiii! Ni lah RAHSIA KEAJAIBAN nak bagi tomyam kau rasa lemakkk sedap macam kt kedai siam di hatyai!! kau ngerti? iyaaa jgn tak caya aku cakap, ni lah rahsia nk tomyam berlemak sedap.
TAKBIRRRR!! 😆😆


Banyak mana nak letak?? CUMA 1 SUDU BESAR je bangggg...jangan kau hentam bersudu sudu konon nak lagi berlemak dan lagi sedap dari tomyam aku ekkk? Nanti ke lautan Hindi rasa tomyam kau banggg.. less is more..kita nak rasa lemak lemak skit je..kang letak banyak rasa manis pulak. Ingat ye kalian, HANYA SATU SUDU SAHAJA. Jangan kau nak langgar pantang sifu ni mmg tomyam kau tak jadi nanti hahahahahahahahaha 😁😁


 Ok dah bubuh susu krimer 1 sudu td tu korang kacau kacau sikit. terus perasa kan dengan garam sikit and gula sikit. Rasa la bg sedap ikut sedap korang. Dan bulan puasa ni kalai nak rasa, rasa hujung lidah je tau..lepastu kumur. Jangan kau nak pura pura tertelan! Cukuplah dulu zaman sekolah korang suka buat buat tertelan air paip masa mandi.


Ok, ini lah kejadian tomyam campur versi aku. Tak cukup bahan. Takda daun limau purut, sayur pon x semenggah and takde daun ketumbar. kalau ada, lg wangi gitu. Nampak mcm sendu tapi percayalah TASTE IS THERE!! hahahah Tapi dalam takde pon laki aku makan tambah. sedappp ke lapaqqqq tak tau lah 😌

Huh, pjg plak entry kali ni masak tomyam campur aje pon! hehe. Ok, orang kata kalo makan tomyam kita kena lawankan dengan telor dadar , sayur kailan ikan masin. wahh gitew! Tapi aku tak mau lawan kan dengan telor dadar. memandangkan bulan puasa ni kau apahal nak lawan lawan plak. hahahahah kawan elok elok jgn gado. Sayur kailan pon sis non hadoooo. 



Jadinya, sis buat sawi masak tirammm jela..masukkan skit fishball bagi sawi tak kesepian dalam mangkok tu. 

Ok, dua menu ni je masa Ramadhan 6 aritu..cukup lah. sbb dalam tomyam pn dah byk lauk. ada sotong ada ayam ada udang ..Nikmat apa lagi mahu kau dustakan 😍

Sekian,selamat mencuba hidangkan para suami anda Tomyam Campur Ala Thai. 

No comments:

Post a Comment

bckgrnd