Untuk harini aku buat Nasi tomato + ayam masak tomato dengan acar simple asal boleyyyy je ! 😅 Sebab apa asal boleyy? sbb aku kalau masak tak sah kalau tak cukup bahan. so what? who is care? Janji kenyang perut dan ada rasa 😌
Cara aku masak simple je pun..semudah ABC sambil mata 5 minit sekali melirik ke anak. Penat oo masak sambil kawal selia anak. Mana nak jerit Jangan panjat tangga, jangan tarik TV, jangan ! jangan! jangan! semua jangan gigil je tahan sabo elak aku layangkan senduk je kt kepala depa ni 😂🙄
Jom la ak jemput kalo ada nk try cara aku buat nasi tomato yg simple ni..silakan 😁✌
The very very 1st sekali korang lumurkan ayam dengan kunyit and garam lepastu goreng. Macam aku pnya cara .ayam tu aku goreng 3 suku masak je..then ketepikan .gitu .
Bahan Bahan nye simple je.
* 2 inci Halia.
* 4 ulas bawang putih
* Sebiji bawang besar
Semua ni aku blend je sebati selumat then asingkan. 😁
* Tomato ni ak letak dlm 10-12 biji sbb kecik kecik je tomato nye pon. so aku blend jugak la. air boh sikit je sbb tomato tu dah berair dah nt ceroiii pulak puree homemade tomato u ols. Aku tak pakai puree tomato dlm tin. aku blend je tomato fresh since aritu dah sakan beli kt pasar borong selambak kan. Sapa lagi nk kena guna tomato ni kalau bukan aku..😌
Ha tudia rupa tomato yg dah di blend. aumm. Tomato ni nanti kena bahagi dua tau.
3/4 utk buat ayam masak tomato.
1/4 lagi utk tumis masak nasi tomato
so..u get me? 😁✌
Ops tercicir. kalau boleh tambahkan lagi sebiji bawang besar saiz sederhana potong bulat mcm gmbr atas ni. Utk masak ayam tomato tu bila hujung2 nak masak ko letak la hirisan bawang ni ye.
Ok jom start masak. Panaskan minyak. tumis bahan yg di blend td tu. ( bawang merah + bawang putih + halia) . lepastu Masukkan sekali kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang and lg sebiji tu apa nama adoi lupa plak. tp org panggil 4 sekawan. ha yg tu la tuu hihi😆😆 tumis la..pastu masukkan serai yg diketuk. hihi. Dah wangi masukkan sesudu cili giling. lepastu bg pecah minyak n garing2 gitu macam gambar kat atas ni. Lepastu aku masukkan sos cili sikit & sos tiram.
Gaul and biar kejap.
Ok, bila dah pecah minyak, aku masukkan 3/4 tomato yg aku blend td. Biar pecah minyak jugak sampai bunyi plup plup plup! 😌👍
well done fifah👏👏😌😝
Part kedua ni cara aku masak nasi pulak.
Basuh beras dan tos kan.
Utk nasi aku tumis pakai Minyak sapi brand ni .HiHi. aku tumis terus dlm rice cooker. senang keje aku. 😌 So masukkan setengah sudu minyak sapi then tumiskan ngn bahan yg di blend td tu..iaitu bwg putih+ merah+ halia. aku amik sikit yg dr balance ak blend utk masak ayam tomato td tu lebih kurang dalam 2sudu je..sekali 4 sekawan ye. aku tumis sampai naik bau wangi ak letak garam n gula. then masukkan 1/4 tomato yg da di blend td tu biar mendidih kejap. Lepastu masokkan air ikut sukatan beras. mcm aku masak nasi 4 pot so air ak tuang 6 pot. biar mendidih kejap. Dah mendidih masukkan beras yg dah di tos td and masukkan sekali daun pandan yg disimpul kemas. lepastu angkt rice cooker p ke sarang dia dan biarkan beras tu masak mcm biasa. tekan butang rice cooke lepastu tinggal 😂😂
Ni part ending entry ni hahahahaha iaitu cara aku buat acar tak cukup bahan asal boley lah. Rasa ok je..cuma bahan je x cukup. hihi
Acar aku cuma ada tomato + carrot + bawang + cili padi. aku potong dadu kesemuanya. Lepastu perasakan dgn gula + garam dan cuka. ak pakai cuka jap jalen. lepastu gaul la dan rasa la ikut selera korang. Dah rasa, kumur ye bangggg.. jgn telannn..batal puasa kauu banggggg. 😆😆
Sekian nasi tomato aku. Rupa tiada tp rasa 8 bintang dari 10 bintang. 😝👌 Sory kalau resipi aku kucar kacir kan kepala korang. ak tau nasi tomato korang mesti lg sedap hahahahahah
Ok sila puji diri sndri. set nasi tomato aku sedap. so what? Masuklah kamu ke dalam lif dan tekan la nombor sendiri. Bye.
No comments:
Post a Comment