~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Thursday, May 24, 2018

Menu 7 Ramadhan

7 Ramadhan aku buat menu ni

  • Sambal Udang
  • Bendi goreng telur
  • Ikan goreng tumis kicap 

Tapi dalam gambar atas ni ikan tu aku belum tuang lagi kicap yang aku tumis. Lewat petang nak berbuka baru aku gi tumis kicap. Bagi panas gitu masa berbuka tak dela sejukk je semua lauk nye pon 😅


 Ha ni sejurus lepas tuang kicap tumis tu. Berserungaih..😁😁 Well, menumis pon masa pukul 7 pm gitu. dah kalot nak berhidang..jadi terus tuang jela kicap tu. 

Rupa x menarik x pe la janji rasa tu ada hahahaha makan kenyang. 

Alhamdulillah! 

Wednesday, May 23, 2018

Menu 6 Ramadhan

Ikutkan aku nak susun menu aku masak sepanjang ramadhan ni dlm blog tp tu la since ada problem nak upload gambar aritu tah apa masalah tah terus malas nk update entry. And aku pon ingat ingat lupa dah menu apa aku masak sepanjang 1 ramadhan sampai 5 ramadhan ni hahah! yang pasti ramadhan ke 4 kitorg berbuka kt luar. makan steamboat dekat Restoran Shabu Shabu! Best la aku dpt cuti masak
 😅😅

So ni aku start dengan menu pada 6 Ramadhan. Aku nak share resipi tomyam ala Thai versi aku lah. Tomyam aku ni tak cukup bahan. Takde daun limau purut. sayur pon tak banyak. pakai  je apa yg ada stok sayur dlm peti ais tu. Senang masak tomyam ni rebus rebus je pon hihih. Lagi satu versi aku kalo buat tomyam aku jenis tak tumis tumis sebab aku pakai pes je. Pes tu pon dah berminyak. Kau nak tumis2 watpe . nanti makan benda banyak minyak, muka pon berminyakkkk minyakk takk?? 😌

RESIPI TOMYAM CAMPUR ALA THAI

  • 1 batang serai diketuk
  • 1 labu bawang besar potong bulat nipis
  • 1 labu bawang besar potong dadu empat. Guna bawang holland lagi sedap. sebab manis. Uma aku takda stok bawang holland jadi aku pakai bawang biasa je 😁
  • Cili padi pon ketuk je aku letak dalam 4 biji gitu kalo korang suka pedas kaw sila tambah bilangan sendiri ye 
  • 3 ulas bawang putih. Ketuk je sebenarnya tapi aku kena tumbuk lumat sbb laki aku tak suka bila makan tergigit bawang putih 😌😅
  • Limau nipis 2biji gitu

  • Ayam di potong dadu. Aku pilih bahagian dada banyak isi 
  • Udang
  • Sotong

  • Tomato
  • lobak merah
  • Bunga kobis
Ni je stok sayur yang ada dalam peti ais umah aku selain bendi, sawi dan kacang buncis. Ambil lah sayur yang bersesuaian je tak payah nk buat tomyam hispter bulan bulan puasa ni banggg

CARA PENYEDIAAN :


Ok u ols rebus je semua bahan td tu. Masukkan air takat mana kuah korang nak tu. Masukkan Bawang besar,  cili padi ,serai, dan bawang putih. Biar kn mendidih jap. 😅

Bila dah mendidih tu korang masukkan isi ayam pulak. ayam dulu tau. Then biarkan mendidih lg . Sotong ngn udang jgn bubuh lagi. sbb sotong udang cpt masak. kalo over cooked nt sotong jd liat, udang jd keras. 
Ingat! Kita nak bg suami makan kann..harus kena sedap KAH KAH 😌
Bila ayam dah mendidih, korang letak la pes tomyam tu..Jangan pakai Kiub ..tak sedap 👎👎



Ha..aku suka pakai pes tomyam yang ni..THAI TOM YUM. aku beli kt padang besar. Pes lain aku tak pernah try.  Tp kalo tgk review ramaaaaaii yang suka pakai pes ni jugak! Aku beli mmg botol besar sebab senang tak payah beli berulang kali. 😁


Aku letak 3 sudu besar mcm dalam gambar. Utk pedas, dan terasa tomyam tu.kalau kedekut letak mmg seroii la kuah nanti. so lepas dah bubuh pes ni korang kena rajin kacau kacau bagi pes tu betul2 hancur dalam air periuk kalau tak nanti berketul tak sekata u ols!! 


Ok, lepas dah kacau kacau tu, bagi la mendidih sekejap. Dah mendidih tu, korang boleh lah masukkan sotong, udang, dan semua sayur tu, lepastu terus picit limau nipis. gitu! senang kan?? akakakakakakkakaka 

Nih aku nak share satu RAHSIAAAA nak bagi tomyam korang sedap macam rasa makan kat kedai Abeeeeyyy!! 


Taraaaa!! Nindiaaa susu pekat kauuu diknon oiii! Ni lah RAHSIA KEAJAIBAN nak bagi tomyam kau rasa lemakkk sedap macam kt kedai siam di hatyai!! kau ngerti? iyaaa jgn tak caya aku cakap, ni lah rahsia nk tomyam berlemak sedap.
TAKBIRRRR!! 😆😆


Banyak mana nak letak?? CUMA 1 SUDU BESAR je bangggg...jangan kau hentam bersudu sudu konon nak lagi berlemak dan lagi sedap dari tomyam aku ekkk? Nanti ke lautan Hindi rasa tomyam kau banggg.. less is more..kita nak rasa lemak lemak skit je..kang letak banyak rasa manis pulak. Ingat ye kalian, HANYA SATU SUDU SAHAJA. Jangan kau nak langgar pantang sifu ni mmg tomyam kau tak jadi nanti hahahahahahahahaha 😁😁


 Ok dah bubuh susu krimer 1 sudu td tu korang kacau kacau sikit. terus perasa kan dengan garam sikit and gula sikit. Rasa la bg sedap ikut sedap korang. Dan bulan puasa ni kalai nak rasa, rasa hujung lidah je tau..lepastu kumur. Jangan kau nak pura pura tertelan! Cukuplah dulu zaman sekolah korang suka buat buat tertelan air paip masa mandi.


Ok, ini lah kejadian tomyam campur versi aku. Tak cukup bahan. Takda daun limau purut, sayur pon x semenggah and takde daun ketumbar. kalau ada, lg wangi gitu. Nampak mcm sendu tapi percayalah TASTE IS THERE!! hahahah Tapi dalam takde pon laki aku makan tambah. sedappp ke lapaqqqq tak tau lah 😌

Huh, pjg plak entry kali ni masak tomyam campur aje pon! hehe. Ok, orang kata kalo makan tomyam kita kena lawankan dengan telor dadar , sayur kailan ikan masin. wahh gitew! Tapi aku tak mau lawan kan dengan telor dadar. memandangkan bulan puasa ni kau apahal nak lawan lawan plak. hahahahah kawan elok elok jgn gado. Sayur kailan pon sis non hadoooo. 



Jadinya, sis buat sawi masak tirammm jela..masukkan skit fishball bagi sawi tak kesepian dalam mangkok tu. 

Ok, dua menu ni je masa Ramadhan 6 aritu..cukup lah. sbb dalam tomyam pn dah byk lauk. ada sotong ada ayam ada udang ..Nikmat apa lagi mahu kau dustakan 😍

Sekian,selamat mencuba hidangkan para suami anda Tomyam Campur Ala Thai. 

Sebab nak aktif semula

Ok, sebab masalah nak upload gambar dlm blog dah setel maka ak leh bgtau kenapa aku nak aktif semula blogging. walaupon yg follow pon tak sampai pon 50 follower. but i dont care at all. takde org follow blog ni pon xpe sbb tu bkn benda utama.

Dulu hobi. skrg dah rasanya bukan hobi kot. ada anak kecik nak hobi blogging blogging ni adalah sesuatu yang di mengada ngadakan! Sedangkan nak berak pon tak mampu tenang inikan pulak nk berteleku taip taip bait kata. sapa dah jadi ibu then u feel me 😁✌

Sebab paling utama ranking no 1 ak nk aktif semula blogging ni sbb aku nak hadiahkan kenangan utk keluarga, suami dan anak anak aku bila aku dah tak ada lagi . Masa hidup mmg org x ingin pon nak baca blog kita kisah kita. yes who is care? who are you? tp percayalah once bila kita dah tak da, hari hari family kau akan bukak dan baca coretan kau tanpa tercicir satu pon!

Macam mana ak leh terpikir smpai cmtu? korang leh follow fb En. Razif ni .beliau hari2 akan share posting coretan blog arwah anak dia yg meninggal kerana para tiroid yang sebelom ni viral tu . Aku ada komen dgn en razif ni, dia kata blog ni la kenangan yg arwah tinggalkan utk dia..utk dia lepaskan rindu. Aku pon baca gak blog arwah. yes guest what? ak rsa mcm aku dah kenal dgn arwah tu sgt rapat! walhal xkenal pon. itu la kuasa coretan kita.

ni fb en razif tu..and yes ofcoz posting beliau yang selalu share kisah nukilan arwah anak dia..




Kisah arwah anak dia pernah viral dan menggemparkan Malaysia. Korang nak tau. leh la follow fb beliau atau fb arwah suami beliau Taufik Abdullah. Mmg sedih kisah sakit arwah ni viral sekejap je dan x lama tu arwah meninggal. sebaya aku ni umurnya.

Jadi, sbb tu lah aku nk aktif semula. mungkin tak la setiap hari ak updet entry..apa kauu mcm  tak de keje hari hari nak updet hahahaha aku belum obses tahap tu..tp insyaAllah akan aku selit coretan pasal anak2..mana tau aku pergi dulu, anak2 leh lah baca apa mama dia tulis merapu mereben ni..tp percayalahhh..benda ni akan jadi kenangan lepas ketiadaan kita.

Aku xnk la doa ak istiqomah tulis blog ni lain la ada yg bayo royalti. Saja isi masa lapang je banggg..mcm2 leh share tau kalo ada blog ni. kisah syok sndri boleh. takaful boleh. ilmu boleh. semua boleh.

Malaysia boleh! See? 😅😅

PASAR BORONG

Kenapa aku nak aktif balik tulis blog ni nanti aku cerita. Sekarang ni aku nak update entry pasal apa benda yang aku dah borong dekat pasar borong aritu. sebab aku nak delete buang gambar gambar dalam henpon taknak memori penuh dan sebelum aku lupa harga harga setiap barang. Weehuuu,

So sini aku nak share la. Aritu aku ngn laki ak lepas sahur terus keluar rumah angkut “askar askar” kecik pergi pasar borong lebih kurang jam 5 pagi kauu! Macam tak caye barang kitorg beli tu cuma RM53 SAHAJAAAAA

So ini apa yang aku beli pagi tu. korang leh compare la murah ke x berbanding ngn pasar pagi atau supermarket. Bagi aku mmg bezaaaaa banyakk laaaa.


1 kg Sotong RM8.50

1kg Udang RM20

 1kg Ikan Kembung saiz sederhana RM4.50..Murah weh RM4.50 ni kau dapat dekat 22ekor gitu. kalau beli kt tesco dengan harga yang sama kau cuma dapat 4-6ekor sahaja ye..hihih

 1Kg Ikan kembung saiz besar RM8. Murah nokkk dapat 7-8 ekor

 RM2 untuk seikat sawi ni. ada dalam 5,6kuntum gak. Maka minggu tu kitorg makan sawwwwwiiii je..hahahaha takot rosak sbb banyak kau!

 RM1. Antara nak caye ke x yeee. sebakol ni RM1 sampai ak nekad buat nasi tomato sbb banyak sangat tomato ni! huh murah

 RM2. kacang buncis.

 RM1. Bendi sebakoi. Untuk aku laki bini ni boleh 3,4 kali masak sayur bendi ni. Murah tahap i cannot brain!!

RM5 sepaket utk ikan bilis. Untuk ni harga nya adalah biasa-biasa  je banggg..

 RM2. Kayu manis dan bunga lawang.

Siap siang dan basuh cuci semua. Stok kitorang laki bini utk sketsa bulan ramadhan ni.

So korang amik kalkulator and try kira jumlah semua barang ni betul tak RM53? 
MURAH SESANGAT! Murah 3x ganda dari beli kt tesco sbb kitorang laki bini mmg pembeli tegar barangan tesco. Jadi bab bab harga brg kt tesco ni kira aci simpan dalam poket jelah. Macam udang tu , kalo kt tesco aku kutip 13-15, ekor aje pon dah cecah punch bar tu RM7.50 dowh! Kira sekilo kalo kt tesco dalam RM28 gitu. Beza RM8! Banyak tu. 

So sebab perbezaan harga ketara lagi lagi ikan kembung tu, maka aku dah cuit laki aku ajak pergi lagi pasar borong lepas balik cuti raya ni. 

Jimat poket. Wallet friendly. tagline baru. 

kbai

Tuesday, May 5, 2015

A journey to the Krabi, Thailand ( Volume 1)

Dengar sini semua aku nak berpantun.
Nak updet pasal holiday krabi, 
Gambar holiday takde. HAHAHA.

Sebab semua gambar holiday yg merecik yang shibidi bidi pon pon, shibidi bidi pen pen, semua semua tu dalam PC laki aku.
Tapi tak pe nt ak cuba cuba curik mana yg ada dlm fb termasoklah video krabi yg laki aku rakam dan filemkan sendiri atas usaha syok sendiri menggunakan gadget Gopro yg power dabom viewnya, 

Last entry ak ada cite pasal holiday krabi aku tu takat snorkeling. Yg entry ni ak nak cerita semua semuanya semula dari awal sampai aku balik ke Malaysia secara siriuussss tanpa ada selingan iklan bodo atau pn selingan cerita syok sendiri. 

Ok semua semua korang yang bercadang utk bercuti ke Krabi tu, *mengerling tajam* setelah kami menjalinkan ikatan yang sah sebagai suami isteri, kami bercadang utk bercuti honeymoon utk meraikan dendam cinta kami yang dah halal tu yang tengah meluap luap api cinta tu makanya destinasi pilihan kami adalah KRABI, THAILAND. Kenapa kami memilih Krabi? sebabnya krabi merupakan salah satu tempat yg tgh in trend ketika itu, (time tu bulan 10 tahun 2014) malah memiliki pulau pulau yang sgt cantik, indah, dan jauh dr kebisingan kota, dan terhindar dari segala kotoran yg menyakiti mata. Lagi pon suasana krabi tenang dan damai sesuai sgt utk pasangan yg dtg bercuti utk berbulan madu. 

Tips :
Tips ni aku khususkan buat sesiapa yang mahu ke Krabi dengan menggunakan kereta sahaja ye. selain dari kereta tu maafkan lah daku di pagi raya sebab korang kena merajinkan diri utk survey harga tiket sendiri lah.hihih. Suami aku ni ada satu sifat utk "hard travel" dlm diri dia. maksud aku dia sukakan travel yg mcm "menyusahkan tetapi menyenangkan" diri sendiri hahahahha aku je faham sebab dia laki aku. korg yg tak paham abaikan lah. 

 1) Untuk membawa keluar kenderaan keluar dari Malaysia, pastikan Owner kenderaan tu turut berada dalam kereta tersebut. maksud aku, korg tak boleh sewa kereta atau pon pinjam kereta mak ayah kau atau kawan kawan kau, kereta isteri/suami kau, kereta jiran kau, kereta bff kau walaupon dorang izinkan dengan sepenuh hati meminjamkan kereta tu utk korang sbb korg takkan lepas dr border. Wajib ada owner kereta tu turut serta utk ke krabi. 

2) Selepas pastikan kenderaan itu mmg hakiki korang punya maka korang kena pastikan korang juga ada Geran kereta yang original. Bukan fotostet punya ye ataupon kau dengan bangganya tunjukkan gambar geran ko tengah selfie dlm peti simpanan Bank kepada pegawai kastam yang jaga border. semua semua tu tak boleh. Untuk pengetahuan semua korang, kita sebagai pemilik kereta dah boleh simpan geran kereta sendiri walaupon kita belom bayar abis hutang kereta tu. Maksud aku ko beli kereta hutang 7 tahun. lepas 7 tahun baru leh tuntut geran kereta kt bank kan? kalau dulu, ya. tp sekarang, anytime ko boleh pergi amik geran kereta ko dekat bank walaupon ko baru je bayar kereta ko utk tempoh 9 bulan ke 6 bulan ke setahun ke...paham? Jadinya geran kereta ni yang asal ni ko kena bawak utk berurusan dengan pegawai kastam Thailand di border nt. Wajib ye.

3) Seterusnya korang kena buat Insurans kereta utk ke thailand. Tak mahal. murah je cuma RM15 utk seminggu. maksudnya insurans tu valid di thailand selama seminggu. kalau nak lebih pon boleh tp harga lain. korang leh tgk la list insurans nt kt tempat nk wat insuran tu ye. Untuk part wat insurans kereta ni korang boleh buat dekat mana2 je kedai insurans yang boleh buat utk ke thailand. jgn isau sepanjang panjang jalan ke padang besar atau area changloon tu mmg berlambak agen - agen yang korang leh wat insurans tu. Time aku dlu, kitorg wat insuran di satu kedai makan tepi jalan area changloon. Nama kedai Jo Cendol Pulut. Ni gambar kedai tu. pergi sana ckp nak wat insurans kereta masok ke thailand. Dah.

Jo Cendol Pulut


4) Merancang perjalanan dengan baik ye semua semua korang. Kami memulakan destinasi kami seawal 7pagi. Macam aku, dekat je sebab uma aku kt Kangar, Perlis. Wakakakak jadi lepas breakfast, dalam kol7 kitorg pon mulakan perjalanan ke border Padang Besar - Thailand. Tak silap aku, border ni mula dibuka seawal jam 6 pagi. if im not mistaken lah. ak kena cek semula dengan suami aku. Korang kalau boleh bergerak la awal ye..sebab dr Pintu border Padang Besar - Thailand nak ke Krabi tu makan masa sehingga 5 hingga 6 jam bergantung kepada pemanduan korang. Macam laki aku, dia drve  kesana lebih kurang 4 jam setengah ke 5 jam. Laju ke tak laju? laju sangattt. Tapi dalam kelajuan yang sentiasa lah menitik beratkan keselamatan ye. Kenapa ak suruh gerak awal? sebab kt sana dorang malam awal sejam lebih dari waktu malaysia. mksudnya Kol6 tu dah mula gelap. kol9 malam kedai souvenir banyak dah get standby nk tutup kedai. so utk tak merugikan masa better korang pon sampai awal utk meninjau2 & menikmati kawasan sekitar krabi sementara masih cerah. Pengalaman aku utk malam pertama sampai ke Krabi,we ols pon actually x perasan yang sana gelap awal sebab kebetulan ptg tu macam mendung2 senja. cuma pelik bila kenapa malam baru kol9 kedai sume dah ready nk close rupa rupanya sana malam awal. waakakakakkakaka itu belom masok lagi cerita bangun pagi.Nanti volume akan dtg ak cerita kekalutan suami isteri ni pepagi buta. volume 1 ni ak cuma nk lebihkan tips2 je dulu ok ! ;D

5) Utk yang kesana menaiki kenderaan sendiri, ak nasihatkan korang boleh tukar matawang asing tu dekat area Padang Besar sebelah Thailand punya. (Bukan pdg besar belah Malaysia ye) sebab situ dia beli duit kita agak tinggi sikit berbanding dengan tempat lain even kalau korang tukar dekat malaysia pon takkan dpt murah. Tips aku, lepas je korang keluar gate border masok Thailand tu, korang terus belok ke kiri jalan straight cuba cari tapak pdg besar thailand and straight lagi smpai la korg jumpa satu pekan kt dalam sana..cari 7 eleven sbb kdai ni dekat2 dgn 7 eleven sebelah kiri ye.tp spjg2 perjalanan tu berpuluh 7 eleven korang akan jumpa. struggle lah ye huhu. sbb kedai matawang ni hasil dr tanya2 orang sana itu la tips yg dorg mampu bagi sbb kebanyakkan yg kami jumpa di sana x ramai yg boleh berbahasa inggeris. sesat tu toksah habaq la..mmg berpusing jgk mencari kedai matawang nk tukar tu and akhirnya jumpa jgk. Gambar kedai tu ak lupa nak amik. Tp dia betol2 tepi jalan. sebelah kiri. korang park je kereta ke tepi nanti ok. Suami aku tukar time tu RM1500 and masa tu nilai kita mcm biasalah jatuh sikit RM10 = 980Bhat..but still ok sbb kalo korg tukar duit kt Pekan Krabi, RM10 = 780Bhat aje woiiihh apa ke murah matawang kita sekarang kan *nangis* Tapi nasibla suami ak ni jenis byk wat research and membaca dulu before tukar duit kalau tak betapa byk kerugiaan kitrg kena tnggung kalo tukar duit kt krabi tu. 

6) lepas da tukar duit korang patah balik la menuju ke arah nak pintu border td dan boleh lah set GPS utk ke krabi. Xsusah pn sbb jln ke krabi ni Straight sokmo.



To be continue...







Saturday, May 2, 2015

Jangan jadi wanita mengandung yang Loser !



Online fb ternampak satu artikel ni. Niat nk trus updet kt fb je apa nk di luah sekali rasa mcm panjang pulak ayat aku..so aku delete and open blog. apa guna ada blog kalau kau tak merapu lebar2 kat sini. wakakakakakaka

so berikut adalah artikel yg hati ni berminat nak baca..Tp lepas baca jujur aku nak cakap aku rasa its so so annoying dude!! so semua korg jemput baca :-

"Waktu Isteri 'Pregnant' Adalah Dugaan Paling
Besar Dan Paling Mencabar Untuk Suami .
" Erk ? Kenapa ? "
Waktu Inilah ..
Isteri Anda Akan Jadi Seperti 'Kanak Riang
Ribena'
Situasi Pertama :
---------------------
" Abang.. Dengar Lah Sayang Cakap Nie ..Ite
Nak Abang Peluk !! "
" Sayang..Abang Sibuk Nie...Nantilah Peluk .."
" Abang Nie Memang Tak Sayang Ite Ngan
Baby Nie ! "
* Suami Tepuk Dahi*
Situasi Kedua :
--------------------
" Abang ..Ite Mengidam Nie ..Tolonglah Belikan
Ite..Bla..Bla "
" Sayang ..Lewat Malam Dah Nie .. Besok K ? "
" Takmau !! Nak Malam Nie Jugak !! *Tarik
Muncung*
* Suami Tepuk Dahi Lagi *
Situasi Ke Tiga :
---------------------------
* Bergaduh Kecil *
* Isteri Buat-Buat Rasa Nak Bersalin*
* Suami Cuak Tak Terkata Dah *
" Sayang.,.Sayang Okay Tak Nie ? Abang Nak
Buat Apa Nie ? Ya Allah..Abang Mintak Maaf
Sayang .. Abang Sayangkan Sayang "
" Heheh..Comel Abang Nie ..*Cubit Pipi * Dah
Takmau Gaduh.. "
* Suami Tepuk Dahi Berkali-Kali *
Ketahuilah ..
Saat Inilah Isteri Anda Sangat , Sangat , Dan
Sangat
Nakal .
Mengusik ? Merajuk ? Mengada ?
Hobi Pertama Dialah .
Jadi ? Mohon Bersabar ...
Hargailah isteri anda..pnuhi pa yg d minta isteri..hehe..sy syg jodoh sy sangat2..Ya Allah d mana pun jodoh ku brada,lindungilah drinya dripada kemungkaran..kuatkan lah rasa cinta dan syg antara driku dgn drinya..Amin.. smile emoticon
.
Admin
Mari Hamil - Like ~

Nak tau kenapa aku feeeeling annoying??
Tak dinafikan ketika isteri sedang mengandung itu antara dugaan BESAR buat si suami. Tapi setakat aku mengandung yang kini dah cecah 6 bulan ni tak de lah Tergegeh sangat mcm cite artikel ni Bahahah!  Aku pn ada masa masa datang masa mengidam. Tapi wahai perempuan di luar sana, Allah dah kurniakan kita akal kalau boleh guna la otak tu pikir bg cerdik bukan sebab melayan nafsu. Kalau mengidam waktu malam, celah mana laki nk carik. kalau idam benda senang sekalipon, tok sahlah buat laki tepok dahi atau pn biar laki keluar tetengah malam cari benda idaman korg tu. Macam tak jumpa matahari dah esok nye sampai nak nak juga malam ni. Bg pelempang mau? Seelok eloknya,jd lah isteri yg memahami suami walau tak faham mana tp bg la faham skit. luahkan apa yg di idam tu esok hari lepas terbitnya fajar, Laki pn tak la tepuk tepuk dahi lagi mcm dlm artikel ni. Lg 1 ak percaya zaman skrg byk pempuan pandai berdikari sendri.  Selagi mampu dan berupaya gerak utk mencari apa yg di idam tu,berusahalah kamu wahai kaum wanita yang sedang mengandung diluar sana. Takkan la all the times u all nak buat laki u all tepuk dahi? ak percaya lama lama nanti laki korang akan mengalami satu simptom cacat kekal dimana dahi laki korang telah pon terpenyek ke dalam akibat kekerapan menepuk dahi tu
Kalau dulu sebelom mengandung bila baca artikel artikel macam ni nk komen nak ulas pon tak reti sebab kita tak merasa keadaan menjadi wanita mengandung. Mungkin itu akan terjadi pada semua wanita mengandung. Tp ternyata bohong. Aku rasa perempuan mengandung tak delah beza jauh sgt perangai nye masa membawa budak ni. Tu semua disiplin diri memasing. Sama ada nak sabar atau pon nak mengada - ngada. kalau berbalik pd artikel kt atas, aku yakin itu semua adalah sifat ngada ngada yang di sengajakan. Sebab utk aku, ada benda boleh disengajakan dan ada benda tak boleh nk di sengajakan! melainkan satu je, NGADA NGADA. 
Berbalik pada perenggan pertama artikel dimana isteri nak nak jugak benda idaman tu malam malam tu jugak. Utk ak yg sedang mengandung ni, itu semua perangai keji dan perangai yang tak sayangkan suami. contoh lah, kau mengidam ABC pukul 3 pagi. kena ko duduk tengah2 kampong, mana laki kau nk cari ABCDEFGHIJKLM ko tu kt tgh2 kg? kalo bandar mgkin leh jgk cincai2 cari kt kedai mamak yg mmg mostly open 24hours. kalau kt kg? tak ke kesiann kat laki ko ronda mcm apetah pukul 3 pagi dengan embun sejuk dingin semata2 nak dptkan ABC korg yg semangkok rm2.50 tu? itu kalau la mengidam ABC. kalau tgh malam mengidam benda yg mustahil nk dpt dalam daerah atau kwsan korg macam mana? snggup ke biar laki ko meronda malam2 tu jugak?ade tak pikir laki korg esok pg nk bgn pi keje? ade x? pastu ade x korg pikirkan keselamatan laki tercinta korg tu meronda tgh2 malam? kalau kena samun ke, eksiden ke, paling sedih eksiden pommm mati..mcm mana? apa korg nk wat? menyesal? YA harus lah menyesal sbb korg perempuan mengandung di luar sana tu terlalu mengikut nafsu dan manja diri sampai abaikan keselamatan suami memasing. Jadi ak sebagai pempuan mengandung ni juga nk pesan pd korg yg seangkatan dgn aku, Bersabarlahhh..bertenang...sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tidak berguna. ABC xde leh cari ari lain kalau suami takde ko nak cari camane? kita yg sedang mengandung ni mmg seeking attention dr suami tp jangan lah over melebih sgt mita perhatian. kesian sikit ye kt suami lagi2 kalau suami tu keje buruh kasar. pagi p keje angkat batu bata panjat sana sini. balik lewat ptg nk hadap ngade ngade korg lagi. letihhh tauhuu? letih...kalau syg suami, jgn la bebankan suami over sgt. pikirkan keselamatan dan kesihatan suami jgk. 
Utk perenggan kedua, bagi aku nk bermanja pn tgk keadaan. ye tgk la keadaan atau situasi. Macam aku, awal mengandung dulu aku nak makan aku mita suami suap. time tu pn mmg laki  ak tgh makan. aku tak makan sebab xde selera. laki aku pelawa ak makan," uny nak tak?" aku jawab " nak..b suap kan" . Bg ak manja macam tu ok lagi lah. bukan melampau terok and laki ak pn xde tepok dahi sebab dia mmg tgh makan. lain lah tetiba laki aku tgh baring tgk tv ak dtg bwk sepinggan nasik bertempek tepi dia lalu minta dia suapkan. itu NGENGADA namanya. Ataupon ape kejadah mita laki pelok kalo time tu laki korg baru lepas mandi dan sedang menyarong spender? baru sarong takat lutut korg dah terhegeh hegeh minta dipelok? boleh kot tggu laki sarong sepender tu sampai abis ke pinggang? itu contoh lah. mksudnya nk bermanja tgk keadaan suami. Imagine si suami sakit perot tggu masa nk terciret..si suami pon lari lari sambil berkemut kemut jubor bekejar  ke toilet sambil sebelah tangan pekop pekop kat bontot besar harapan si suami mudah mudahan taik tak la tercirit keluar sebelom masanya. kalao keluar pon mgkin tak banyak sebab tangan dah tekop salor bontot alih alih kita perempuan mengandung ni diri terpacak depan pintu toilet smbil cakap kt suami     " kalau abang nak masok jamban ni, abg kena pelok ita dulu! kalau tak pelok, ita tak nak bagi abang masok !"  So jadinya aku yakin laki korang akan jadi badut sarkas serta merta. nak pelok ke nk cirit depan korang? sebenarnya suami korang pon tak tau nak buat keputusan. kang tak pelok korg dia tak leh masok jamban. yang taik dah kat hujung hujung jubok nih...itu kalau tak meneran pon taik dah leh tercirit. kang kalo pelok  korg pulak, tangan yg tekop bontot td terpaksa dileraikan maka taik pn akan mempreettt preeett keluar akibat dah takde daya tahanan di hadapan alur susur jubor..jd mcm mana? ada pikir perasaan laki korg yg masa tu diluah mati emak.ditelan mati bapak tak. EH! Tu pasal aku cakap perempuan mengandung jenis mcm ni tak da akai. akai ni letak kt lutuit. kita mengandung jgn la over sgt ibarat kurang kasih syg suami melainkan Yes you truly tak cukup kasih syg suami selama ni jd bila mengandung time ni la nak amik kesempatan mita perhatian. hahahahahahha itu semua LOSER wahai perempuan mengandung di luar sana. eh menyampah plak ak baca artikel ni sebab ni semua jenis kaum kaum mengandung yg over ngada ngada. 
Perenggan ketiga ak no komen la sebab aku baru 6 bulan takkan la ak nk bergurau benda yg x patot. tetibe sgt la kalo ak buat buat sakit nk beranak dikala usia baru mencecah 6 bulan ni. ingtla gurauan tu kadang2 boleh bertukar menjadi malapetaka. ELok elok perot sihat tetiba ko nak bergurau sakit semata mata nak perhatian suami. Kalau nanti seminggu lepas tu ko btol2 sakit nk beranak waima belom masanya dan si suami buat x peduli pasal ingt ko bergurau mcm haritu, sedangkan time tu mmg ko btol2 sakit..apa nk buat? ko nak majuk? majuklah tp jgn salah kan si suami kalo jd apa2 kat diri sndri atau anak yg dikandung tu tau sebab seharusnya ko sndrir kena bertanggjwab akibat perbuatan gurauan bodoh ko yg lepas.btol kan? Ataupon mcm mana pula kalau Allah murka dengan sifat si isteri yang mcm ni, membodoh bodohkankan si suami walaupon niat bergurau tp dah mendatangakn rasa panik pada suami lalu Allah trunkan bala...Allah buat bg ko sakit dan btol2 beranak masa kandungan tu baru 6 bulan? Apa ko nk wat? boleh minta ampun dan mita dimudahkan urusan bersalin je la...kan? kan? Jd nya wahai perempuan mengandung di luar sana sebelom  kita secara x sengaja jd manusia yg dimurkai Allah, buatla perangai elok2 sikit. kita ni isteri...redha seorg isteri tu adalah dibawah suami. jd hormatilah suami mu. sayangilah suami mu. 
Janganlah terlalu mengambil kesempatan keatas suami kerana alasan mengandung. Bila dah mengandung ni baru aku merasai perasaan tu sebenanrya perasaan tu semua boleh dikawal kecuali BAD MOOD. ini je aku tak tau nak control. itu terjadi kt aku tp bukanlah kerap. Selalunya ak jd bad mood sebab penat. bila penat, ak malas bersembang, malas layan apa laki aku cakap. Tp 1 je ak kagum dgn suami aku, masa ak bad mood dia sgt sgt sabar. kdg dia tnya ak jawab tp tak tgk muka dia. tp nt dia tnya lg, ckp elok2, ak stil jwb ikut suka aku. tp dalam masa sama ak akan mengerling tgk suami selalunya dia x perasan ak curi2 pandang wajah dia. bila ak pandang, dlm hati cepat2 aku pujuk hati yg sedang moody " kesian laki aku.." so ak akan tegur dia mcm biasa n ckp elok2. tp suami ttp layan elok walau dia sndri kdg penat n moody. Msa mengandung ni tak dinafikan byk perubahan yg jd kt laki kita. kalau korg semua perasaan suami kita ni become positive. yang kalo dlu kuat majuk ke, kuat bebai ke, garang ke, ape ke tp korg perasaan tak masa mengandung ni hilang semua sifat2 ni...mgkin x hilang 100% tp ak jamin 75% kebanyakan xde perangai lama. Tapi ingt ye, jgn amik kesempatan. kesian sikit kt suami. suami bukan robot. all the times kena layan kita. suami kita manusia mcm kita juga ada hati dan perasaan.
Jangan pulak bg alasan riak. "i mengandungkan anak you. i penat tau" tp berterima kasih jugak pd suami sebab air mani suami tu lah pencetus kita boleh mengandung. jd bila mengandung jgn riak pada suami sbb tanpa suami kita pon tak mampu utk mengandung mcm skrg. jd jgn lah amik kesempatan sgt kt suami. kalau betol sayang suami, fikirkan juga kesihatan dan keselamtan suami kita ye wahai perempuan mengandng di luar sana. 

SELAMAT MALAM. 











Thursday, February 19, 2015

AKHIRNYA MASA YANG DINANTIKAN TELAH TIBA!!

AKHIRRNYAAAAAAA, MASA YANG DINANTI- NANTIKAN TELAH TIBA!! *Padahal tak de sape yang tunggu kau pon. feelingg sangat.

Oh oh my, i miss this space. i miss ideas and "cakap sorang sorang" that i have always had to fill up this space. i should be writing opinions or mengumpat keji but heck i'm sure no one is reading anything written here anymore *nangis

Mana pergi entry utk tahun 2014? Eh, eh! sedih sangat. patot hapuskan saje blog ni. tak ada sapa baca. tak ada sapa peduli. follower yang havoc dulu dulu pon mesti dah unfollow blog ni
"eh apa ni blog ni ade ke tak ade org. dulu suka sembang sorang sorang. sekarang dah x sembang. dah mati ke?" ok dah bye.
imagine banyak banyak nanti nangis lagi.

 Utk tahun 2015 ni, ini lah entry pertama aku. KAHKAH! * tak lawak.
so, utk entry yg pertama idea sembang pon tak ada.
 Jadinya I nak cerita pasal krabi *Tetiba sangat pakai I*

I pergi bercuti di Krabi pada ujung bulan oktober last year. holiday honeymoon gitchieww. *kelip kelip mata*.
 Rasanya i nak fully recommended kepada semua semua semua orang utk bercuti ke sana. I nak story detail detail tak reti sbb semuanya di uruskan oleh suami i *seronok guna bahasa I rasa mcm bagus kau apa tauhuu? hanya yg makan tauhu saja yg tahuuuu *

Lagi satu,alahhhh kesiann sanad sanad, i kawen i tak masok dalam blog. oklah i umumkan sekarang, i dah kawen. status i dah jd PUAN. Puan ladies yang harmoni. wahhh gitchieww.
i kawen 24 oktober 2014 dengan sekali lafaz sahaja i dah sah menjadi isteri kepada Muhd Haqimi. hikhookk! mesti ada yg nk tgk sape kah suami i itewww? kacak kah beliau? tampan kah beliau? wahhh gitchiewwww..ade ke yg nak tgk? hmm tak de. ok diam kau nak cerita pasal kawen atau krabi sekarang? pilih 1.

 ok i pilih krabi. lupakan hal kawen. tak ada sapa peduli. heh! (00) Di awal progress kawen suami tnya i, "eh you, nt honeymun you nak cuti mana?" (I, YOU, I YOU, ini bukan bahasa sebenar panggilan aku suami isteri. har har nak bagi tau jugak sbb nt kalau ada yg baca blog ni *KALAU ADA LAH* hahahah kalau ada yang baca blog ni nt kurang la rasa menyampah.
 Maafkanlah daku dihari raya.

 I jawab kat suami dengan muka berseri seri. masa tu muka i pon tengah berseri sangat..hmm seri nak naik pelamin. aku rasa mcm aku beseri. ko apa sibuk? **garu dagu aku jawab, i nak pi Bali sambil bawak bekalan limau bali. ok tak, tipu. i tipu part limau bali. tp part nk pi bali tu i tak tipu. kalau x caya tnya lah aku. *garu dagu lagi.
 lepas lepas tu perasan je dapat ke Bali. Berangan topi besar di kepala pakai spek hitam rambot kibai kibai ditiup angin sendu pantai pastu jinjit bakul ada ikat reben merah kt tangkai bakol tu pastu dalam bakul tu ada sandwich, i pakai skirt loose pantai dengan singlet. i lari lari tepi pantai lepas tu suami usha usha dalam hati suami cakap lawa nye isteri aku tak menyesal pon kawen dengan aku lawa sanad sanad OMG i rasa i ni mcm Nur Fazura nanti. *garu siku. maaf semua jangan pengsan dengan over imagine i td. ok aku blah sekarang.

 Lepas lepas tu dah lama sikit, hahahahahha bila boleh aku nak cerita pasal KRABI ni? tu lah suka merapu. nk cerita pasal krabi pon banyak sangat keluar cerita kartun. sapa suroh tak updet entry? kan bila sekali dpt updet semua benda nak merapu dalam satu entry.
 hmm ssh lah macam ni. kalau ada yg research pasal krabi mesti trus pangkah window " ape dia cite pasal krabi? dr atas x abis abis cerita syok sendiri" heh (00) kembang hidung.

 ok kepada semua semua yang seacrh cerita krabi, inilah perenggannya. huahuahua. Suami ckp tak payah ke Bali la kita ke Krabi. Dia tgk sane pon pantai lawa lawa lepastu banyak minah mat salleh separa bogel **korek hidung.

 Suami i bg idea gila. Dia ajak ke Krabi dengan Kereta. Dia feeling travell sgt. Jadinya benda pertama yg kami buat adalah insurans kereta utk masok ke Thailand. Harganya RM15 utk seminggu. ini adalah wajib tauhu? kalau tak tauhu pergilah makan tauhu.
Dua hari sebelom ke Thailand kami pergi register Insurans dlu. Insurans ni byk agen agen dia di sepanjang jalan di area changloon/ kodiang atau paling fofular, bolehlah korang korang yang nk wat insurans tu, pergi je cari satu kedai makan di tepian jalan namanya JOE CENDOL. kitorg buat kt situ. hehehe. itu tips yg pertama. juga pastikan pemilik kereta yang nak dibawak masuk ke Thailand itu wajib ada. cannot third party register ok. Lepastu nt masa dekat Border korang sediakan RM1. itu mcm duit kopi kot laki ak cakap. kena byr masa amik cop kt pasport memasing masa nak masok Thailand itewww. Pastikan ada buku merah. bukan buku 555. kalau bku 555 nak di bawa cop di border Thailand, elok korang bertukar jd seekor hamster. hmmpph. *anggok kepala

 tips kedua mengenai pertukaran mata wang asing * tips sgt. dinasihatkan kepada adik kakak abang semua, kalau nk tukar duit Bhat tu, tukarlah di area padang besar sempadan Tahailad- Malaysia.Bukan padang besar Malaysia ya. tp padang besar Thailand. lepas masok border, terus belok ke kiri utk ke pdg besar thailand. di situ ada kedai tukar duit. apa money laundry ka apa? hahahaha Suami i tukar RM1500 kepada Bhat. Nak bgtau siap siap. duit kita jatuh skrg ni. tp kalau tukar kt sini, beza tak banyak. RM10 = 980 Bhat berbanding kalau tukar di pekan krabi RM10 = 880Bhat sajeeee. *nangis menyesal la kalau tukar duit kat sana. No worries dengan rm1500 tu, i dengan suami dpt enjoy holiday kat sana dengan penuh hemah.

 ok lupa nak bgtau. RM1500 tu adalah tidak termasok dengan kos Hotel 3 hari 2 malam serta kos naik boat pusing pulau kt sana tau. Utk kos tido hotel sana, lebih kurang RM300 mcm tu utk 3 hari 2 malam sekali breakfast. Nilai exactly hotel i tak berapa pasti sebab semuanya di uruskan suami i. tp sekitar itulah harganya. Naik boat pulak dia bwk 4 pulau. kat situ sorang RM150. Ini pn tak termasok dengan bajet RM1500 td. Harap jelas. Masa ronda pulau kita akan ada aktiviti snorkling. HOMAIGOAAATTT *Oh kambingku* BESTTT GILEEEE BODOH! *ha perlu ke ckp bodoh kt org? tak aku nk ckp best sangat sangat...dan takot pon sangat sangat. Boat iteww akan benti kt tgh laut. oiii tengah laut tauhu?? dalam gilerrr tp air jernih masyaAllah...boleh nampak ikan dan batu batu karang yang cantik dan ada yang menakutkan jugak. hehe. i ni kampong abis. Nak pakai ape google pon tak reti. mcm BODD. huahuahua. semua suami i yang pakaikan. org kan tgh cuti honeymun mesti lewwww adegan romantik tu melebihi adegan lain. termasok pakai safety jacket pn suami yg sarungkan dan klipkan semua dr atas kebwh depan ke belakang sebab dia nak pastikan keadaan i dah ckup selamat dan pakai dengan betol. *muntah sekarang*

 lepas dah pakai google i terus rasa gelabah. i cakap dkt suami,"you, i rasa tak boleh bernafas".

suami i cakap "ye lah hidung dah kena kepit you kena bernafas ikut mulut".

 masa tu i rasa apa ke bodoh sgt benda alah google ni. nasib non hadoo cermin kalau tak mesti gelak tgk kebodohan dan kelawakan rupa sendiri. lepastu semua org trun dari boat. Suami cakap, "you turun dulu". i pon pijak tngga turun dr boat, i tak sangka lepas turunkan kaki pada last anak tngga tu i dah x rasa dasar. terus dalam. kaki x cecah dasar. i takot lalu i panjat balik tangga.

 i ckp kt suami"you i tak nak turun. i takot. air dalam. kaki i tak cecah dasar"

masa tu amai tgh tggu turn. hahahahahah mcm boddd pnya gabra. laki i tak bg naik.dia soh turun jugak. jebonnn!! masa tu rasa nak nangis.

laki i ckp "you turun cepat. you turun.org dok beratoq ni. i turun ni jgn takot tak ada apa. i ada."

 smbil dia guide i suruh pegang tangga n tggu dia turun. masa tu amai warga mat salleh sajork jd pengamatan i dorang tak paham bahasa kekalotan i dan suami. huahuahua. tak lawak. lepas suami trun boat, lega sgt.
suami tarik i bawak ke tengah laut hmm masa tu pelok suami tak lepas lepas sebab takot tenggelam walhal dah mmg ada safety jacket tp still rasa tak confident. nasib suami i sado. jadi lebih dari mampu la dia mengusung berat badan i ke hulu hilir tgk laut. lepas dah konfiden gitchieww baru suami lepaskan i dia soh try berenang sendri end enjoy.

rakaman video muka i nak nangis pon hado suami rakam. hmm mmg mcm BODDD muka iteww. 


hmm oklah nanti sambung lagi.

 nak gi makan.

 ok dah bye.

Saturday, June 15, 2013

Yang Disayangi dengan sepenuh Hati ;)

Disebabkan hari ni hari bapa, maka aku nk cite pasal appa aku je.ak x peduli.kakakakaka! appa aku mgkin berbeza dr org lain. mmg beza! No one can replace him. No one cannot copy him! NO! appa tegas dlm mendidik anak2. appa dulu garang masa kami kecik2. Aku penah kena penampo ngn appa sebab result ujian penggal drjah 6 aku dlu macam tahik..tp appa bg penampo pon gune BANTAL aje bukan pakai tapak tgn. Kasih syg appa sgt tinggi..sgt x ternilai.appa aku seorg yg sgt kelakar.suka buat lawak.and tu slh 1 kenapa amma suka kan appa! hahahahahaha! Appa bukan jenis yg suka berkira. apa diminta, appa mesti usaha akan tunaikan. kalo yg diminta terlalu mahal melampaui kemampuannye, appa akan gantikan dengan sesuatu yg lebih murah dan seakan sama. kalau mita duit, appa x cakap banyak. tnye sekali je tuk ape tp kalo mita duit kat amma, rasenye soalan amma lg banyak dr soalan matematik tingkatan 3. kakakkakakaka. even aku da keje pn appa amma tetap support dr belakang..tetap hulurkan bantuan duit ketika perlu. Tetap beli kan baju, kasot dan beg EVEN aku da bekeje.Dorg masih tetap payungi poket aku. betapa tinggi nilai kasih syg appa dan amma. katanye, duit gaji, simpan aje. kalo kua makan, kami 3 bradik suke amik kesempatan order banyak2, order ciken cop sorg satu pastu WAJIB plak tambah order amik nasi goreng sorg satu,kami 3 bradik suka makan mcm bela saka. tp appa xkisah. appa cakap, "xpe..makan je ape nak makan..abah blanje janji anak2 abah kenyang". *touching Xtahu nk gambarkan perasaan andai appa dan amma sudah tiada suatu hari nanti. rasanye aku belom cukup dewasa nk melalui hari tanpa mereka. Masa gi cari kain ela nk wat baju raye semalam, dlm keta appa pesan, "Kalau nanti abah ngn mama dah x ada, rumah skg ada 4, korg 3 bradik, pilih la sorg satu. tp rumah kat sarawak, jgn sesekali korg jual. jgn sesekali terputus hubungan dengan family di sarawak. kalo ipah ada anak nanti, bawak kenal2 dengan sedara sana. bg kawan dengan anak fanny, anak kelly, anak sam ( cousin aku)". woooo tacing nye,.on time jgk dlm radio putar lagu "ayah dan ibu...itulah permulaan kami..." ( xtau tajuk ape, tau lirik depan je) pastu appa ckp ha lagu ni kalo hayati betol2 sedih woo. hmm aku sebak sgt bila abah pesan dan mcm bg wasiat. sedihhhh sedihhhhh sedihhhhhh! ;( aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini ALLAH masih pelihara kesihatan kedua ibu bapa aku, semoga Allah panjangkan usia mereka sehingga mereka dapat melihat cucu cicit mereka. kami 3 bradik sgt sygkan mereka. xde anak di dunia xsygkan ibubapa. kami 3 bradik sgt degil.suka mita itu ini, ketegaq..heh, ak paling ketegaq, aku paling kuat sentap.kuat majuk.sehari duk dlm bilik x makan. nanti appa dtg panggil makan..ak tetap xnak.sekali amma jerit "Biar aje dia bangg..dia xnk makan nt perot dia yg lapo". hekhek. amma ak mmg cmtu..ati kering..hahahaha.appa hati nye mmg lembut :) Tp, alhamdulillah, apa hasrat dorg kami 3 bradik sentiasa cuba penuhi. alhamdulillah, berkat doa dan semngat yg diberi amma appa, ak berjaya menggengam segulung ijazah. mmg appa dan amma nk ak belajar tinggi. dan skrg, hasrat mereka ak dah penuhi dan kini di ikuti dengan adik yg pertama, juga sedang menuntut ijazah architect di UITM sri iskandar, dan adik yg bongsu sedang megikuti diploma kejuruteraan. dan InsyaAllah adik bongsu juga mampu mengikuti jejak aku dan abang dia sehingga ke peringkat ijazah dan mungkin boleh lagi tinggi..insyaAllah..amin. Dengan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa2 di dunia. pengorbanan mu wahai si ayah, tiada tolok bandingannya. kaulah raja dihati kami..semoga Allah pelihara kesihatan kamu semua. we love you Daddy! sayangi bapa selagi ada...nanti bila da xde, kamu akan menyesal kalau disepanjang hayat nye kamu x buat dia bahagia sebagai seorg bapa.... Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu,kau peliharalah kesihatan ayahku, dan ibuku..panjangkan usianya, berkatilah hidop mereka, jauhkan mereka dari segala malapetaka yg tidak diingini,peliharalah hati kami semua, utuhkan hati dan kuatkan kasih syg diantara kami sekeluarga. Amin...

Wednesday, February 6, 2013

di awal permulaan

Alhamdulillah..syukur ya Allah.. Semoga Allah permudahkan semuanya yg penting adanya usaha dan hati yg cekal.Insya Allah. sememangnye aku dah teringin lama nk ceburkan diri dalam jualan online khususnya baju2 fashion yg tgh top skg, korea. alhamdulillah, da dpt jugak nk merasa pengalaman cmni. pengalaman nk berursan dgn customer. Perlukan modal. tp yg ni cuma skit aje...untung mmg x byk...org ckp atas angin tje tp aku nk timba semua ni sebagai satu pengalaman meguruskan jualan online. ya aku suka kan baju2 korea sbb korea suka buat bju nmpak obvious dgn kaler bling bling. so bila aku suka maka aku expect org lain pon akan suka. SUKA HATI ak je. hahahha boleh cmtu? bye

Sunday, February 3, 2013

Sadistik

Hai jangan cakap banyak. Harini aku post entry aku yg pertama bg tahun 2013. mana pegi entry tuk bulan januari? har harr. tak tahu nk cakap happy ke tak. happy sebab dah mula boleh balik sembang kencang sorang2 hakhak. x happy sebab laptop sgt sadistik. sgt sopan santun. sgt malu malu. tapi laptop acah acah je tu. ACAH ACAH SANGAT. laptop mmg epic! epic belakang punye cerita yg penting skg aku dah boleh sembangg kencang skg kau ape tauhu? hanya org yg makan tauhu aje yg tahu. Yang paling paling paling sedih tengok blog yg usang dengan entry2 yg lama yg begitu menggelikan segala kuku kaki tumit sekali kulit kering tumit pon boleh tertanggal. tp yg pasti tiada yg lari bogel dengan entry yg lama. SEDIH SEDIH SEDIH. makin sedih tgk header letak pix muka yg zaman berzaman. ok pegi tuka nanti! akakakakkaa. Permulaan tahun 2013 adalah sangat sangat baik sekali. skg da masok bulan februari...DOH! ..hnnsss hnssss hnssss kembang idong. sapa kata bulan feb bulan bermakna nk smbut valentino? eh x..x..valentine. hmm? xde sapa kata. aku yg kata. bulan feb paling bermakna sangat. sbb bulan feb ni adalah bulan tuk aku memasak semasak masaknye..bulan jimat hebat! jualan hebat promosi hebat itu blakang punya cerita. yg depan punye cerita ini bulan jimat hebat. apa kau tauhu? ha tak lawak. skg ak nk pegi mandi MASAK and makan. BYE.

bckgrnd