~~~ Its Bad To Say Bad Things Behind One's Back, Especially When You Don't Even Know The Person..and I'm Fifa, Let Me Exist As I am, For I Simply Just Want To Be Me! ~~~

Friday, October 16, 2009

:: Melatah ::

Seorang ibu kelihatan sangat gembira apabila menerima kiriman sebuah kotak yang dikirim anaknya melalui perkhidmatan pos ekspres. Setelah membuka kotak itu, si ibu terus melatah dengan menyebut : “Anakku, anakku, anakku ” apabila mendapati anaknya itu tiba-tiba keluar dari kotak berkenaan.
Itulah gambaran sebuah iklan yang disiarkan di stesen TV kita sekarang. Memasukkan adegan latah dalam sesebuah iklan, sitkom, drama, atau filem di negara ini sebagai salah satu unsur komedi bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan latah adalah sebahagian budaya unik yang wujud dalam masyarakat Melayu.Lazimnya apabila melihat adegan latah itu, penonton akan berasa terhibur dengan skrip dan aksi yang hampir keseluruhannya dilakonkan. Akhirnya apa yang dilihat di kaca televisyen itu diamalkan pula oleh kebanyakan kita dengan mengusik individu yang dikenal pasti boleh melakukan aksi melatah secara spontan.
Namun, sedarkah kita bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya.Latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.Mungkin kita sedikit terhibur apabila melihat aksi latah yang melucukan, tetapi percayalah bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah mahukan diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar pelatah paling popular sekalipun.
Justeru, apabila kita melihat seseorang itu melatah, kita sepatutnya mendoakan agar si pelatah itu sembuh daripada penyakitnya itu, serta dapat membuang dan mengawal tabiat terbabit daripada berulang.Dalam hal ini, apabila kita ketawa melihat seseorang itu melatah, kita seolah-olah mendoakan agar si pelatah itu terus kekal dengan penyakitnya itu. Kita seolah-olah berkata, biarlah ada seorang yang menderita kerana penyakit latah, asalkan ‘deritanya’ itu dapat menghiburkan ramai orang.Namun, tahukah kita bahawa jika tersilap langkah, usikan terhadap pelatah yang bertujuan untuk bersuka-suka boleh bertukar menjadi tragedi, lebih-lebih lagi jika pelatah sedang memegang objek tajam.
Nasihat saya, bersama-samalah kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyebabkan si pelatah melatah dan terus melatah.
Oleh : Dr Mohd Hilmi Abdullah.
p/s : aku pun melatah jugak..hahaha!!

No comments:

Post a Comment

bckgrnd